Peniaga bundle tenang dis1ndir tergamak jual baju lusuh, kedut harga RM890… anggap cuma pelanggan tertentu je pandai menilai

SEMAKIN hari semakin rancak di media sosial dapat kita lihat peniaga menjual pakaian bundle.

Malah, ada yang menjadikan perniagaan baju ini sebagai sumber rezeki utama mahupun pendapatan sampingan saja.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan harga baju bundle kini ada yang dijual lebih mahal berbanding pakaian baharu atas beberapa faktor.

Begitu juga dengan seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nik Pok Den yang menjual sehelai baju bundle pada harga RM890.

“Saya berniaga pakaian bundle ni sejak tahun 2017 sampai sekarang atas dasar minat. Saya tiada sebarang pengalaman berniaga dalam dunia bundle, sebelum ni cuma mampu berserah pada rezeki ditetapkan oleh Allah. Cuma saya pilih jalan ni sebab sebagai orang kampung, nak keluarkan modal besar tu tak mampu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya berniaga bundle secara online bermula dengan modal RM200 sehingga RM300. Saya jual di Facebook dan TikTok saja. Tapi saya lebih banyak tumpukan jualan di Facebook sebab dalam tu ramai kawan support saya berniaga.

“Saya bekerja kerajaan jadi tak dapat tumpukan sepenuhnya berniaga bundle. Ada masa baru saya masukkan gambar dalam media sosial baju-baju yang saya jual,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai perkongsian video sehelai pakaian yang berjaya dijual dengan harga RM890, lelaki ini menerima kecaman daripada warganet.

Tangkap layar antara pendapat netizen terhadap perkongsian baju bundle yang terjual.

Malah ramai yang tidak percaya baju vintaj Mickey Mouse tampal ini tersebut terjual setelah melihat keadaan baju yang kedut dan agak lusuh.

“Ramai yang kecam bila tengok keadaan baju tu siap ada yang cakap saya salah tulis harga, sepatutnya RM8.90. Tapi saya tengok pada sudut positif saja bila ramai lagi yang komen baik-baik. Bagi yang tak tahu menilai barang bundle mungkin mereka tak akan faham.

“Baju tu pada awalnya baru keluar guni, biasalah… kedut-kedut tu. Tapi kalau bagi customer, lagi kedut lagi ramai orang cari sebenarnya sebab mereka tahu tu baju ‘baharu’. Saya anggap saja mereka yang kec4m tu tak tahu pasal dunia bundle,” ujar Pok Den.

Keadaan baju yang kelihatan kedut dan lusuh menurut netizen.

Bercerita lanjut mengenai bagaimana ia terjual, Pok Den menyatakan bahawa dia pada mulanya mengiklankan baju tersebut di Facebook.

Menurut bapa kepada lima anak ini, baju ini kemudiannya dibeli oleh salah seorang pelanggan yang juga kenalannya.

Tambahnya, pembeli ini merupakan seorang lelaki dari Kelantan yang meminati barang-barang kartun Mickey yang telah berurus niaga dengannya di WhatsApp.

Pok Den bagaimanapun tidak mengambil hati dengan kata-kata netizen yang mengecam dirinya di ruangan komen.

“Saya bersyukur bila customer ni beli baju vintage tahun 80an ini. Apatah lagi sekarang susah nak buat sale. Tambah lagi di zaman C0vldl9 ni nak dapat seorang customer pun payah. Semua orang nak berjimat tapi saya fikir semua peniaga bundle alami situasi yang sama. Sebab seronok, saya postlah video baju terjual tapi ramai pula perli saya.

“Pelanggan yang yakin nak beli baju bundle dengan harga tu mungkin sebab dia tahu menilai barang. Biasanya mereka akan check bahagian tag di kolar baju. Dekat situ mereka boleh tengok nilai baju tu yang sepatutnya dijual dengan harga berapa.

“Lagipun saya boleh tahu nilai baju tu setelah sekian lama berada dalam bidang jualan bundle. Saya pun ada baca buku bundle dan semua orang boleh buat rujukan setiap item baju dibeli samada ia fake atau original,” jelasnya.

Tangkap layar komen netizen yang turut memberikan pendapat berkenaan baju yang terjual.

Justeru, menurut lelaki yang menetap dan berniaga di Ipoh, Perak ini, dia bercadang untuk meluaskan perniagaan bundle dengan membuka sebuah kedai kelak.

Menurut Pok Den, dia yakin apabila perniagaan bundle semakin dikenali ramai, tiada pihak akan pertikaikan jika harga mahal ditetapkan untuk sesetengah barangan terpakai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Peniaga bundle tenang dis1ndir tergamak jual baju lusuh, kedut harga RM890… anggap cuma pelanggan tertentu je pandai menilai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*