“Dah Ready Ke…,” – Vida Tanya Dalam Debar, Muzik Video Baru Bakal Dilancarkan Petang Ini!

 Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida akui berdebar menantikan pelancaran muzik video single terbarunya, Ku Ikhlaskan di YouTube.

Bakal dilancarkan hari ini jam 5.00 petang, Vida yang juga Presiden Netizen program Big Stage 2022 turut bertanya peminat sama ada sudah bersedia untuk menonton muzik video berkenaan.

“Dah ready ke esok? Berdebarnya,” tulis Vida pada potongan klip video lagu tersebut disusuli emoji.

Menerima lebih 300,000 tontonan sehingga kini, hantaran terbabit turut menerima reaksi pelbagai wargamaya.

Malah ada di antara mereka yang tidak sabar untuk menonton apa pembaharuan yang bakal dibawakan ahli perniagaan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Terdahulu menerusi platform media sosial, Vida sebelum ini ada membuat naik ‘teaser’ serta di sebalik tabir pembikinan muzik video Ku Ikhlaskan.

Di dalam klip itu, Vida dilihat mengenakan persalinan yang unik lengkap dengan solekan artistik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Dah Ready Ke…,” – Vida Tanya Dalam Debar, Muzik Video Baru Bakal Dilancarkan Petang Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*