“Salah Tengok Agaknya, Isteri Pakai Baju Besar, Bukan Hamil…” – Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak menafikan spekulasi mengenai isterinya, Ezza Yusof sedang berbadan dua.

Remy berkata, ketika tular mengenai berita tersebut di laman sosial, dia terus bertanya kepada isteri adakah benar sedang hamil.

“Saya balik rumah terus tanya kepada isteri betul ke dia hamil. Tapi isteri kata baju dia besar mungkin orang tersalah pandang.

“Belum ada rezeki kami. Insha-Allah selepas tamat penggambaran Jangan Men4ngis Cinta ni.

“Lagi pun sekarang saya tengah bawa watak Zafran, seorang suami yang tak sukakan kanak-kanak…t4kut kenan,” katanya.

Tambah Remy, watak Zafran adalah seorang lelaki pem4rah, eg0 dan b3nci kepada anaknya sendiri malah turut mend3ra kanak-kanak tersebut.

“Saya punyalah ris4u, siap bagitahu kepada Amyra Rosli mengenainya. Saya rasa lepas ni mesti ramai yang akan benc1kan saya.

“Agaknya, bulan Ramadan nanti kalau pergi bazar orang baling kuih kat muka saya,” katanya ketawa.

Remy ditemui pada majlis sidang media secara atas talian drama Jangan Menangis Cinta, pada Rabu.

Drama adaptasi novel Siti Rosmizah itu bakal bersiaran bermula 21 Mac ini di saluran Astro Ria jam 10 malam.

Selain Remy, drama penuh emosi dan air m4ta itu turut menampilkan Amyra Rosli selaku teraju utama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Salah Tengok Agaknya, Isteri Pakai Baju Besar, Bukan Hamil…” – Remy Ishak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*