“Kalau Aku Tiba-Tiba M4ti, Tolong Jaga Nina & Musa Untuk Aku,” – Noh Salleh

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh merakamkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 baru-baru ini.

Menurut Noh, dia berharap agar kehadirannya di dunia ini dapat dapat memberi makna dan menggembirakan hati-hati orang di sekelilingnya.

“Dah 37 dah umur kau dik. Alhamdulillah. Dapat hidup sampai hari ini. Terima kasih semua. Buat kalian, kaum keluarga sanak saudara, sahabat kawan, kalian yang mengenali saya, bala keluarga besar Raingers Riot Kidz Hikari, aku sayangkan semua.

“Semoga wujudnya saya selama 37 tahu ini membawa banyak kebaikan daripada keburukan. Semoga wujudnya saya didunia ini selama ini mendatangkan lebih banyak memori yang manis dan bermakna kepada semua yang bertembung berkenalan secara langsung dan tidak langsung.

“Semoga lahirnya saya daripada kandungan ibu saya, sedikit sebanyak membuatkan dunia ini lebih indah daripada keh4ncuran. Saya manusia biasa yang tidak akan jauh dari melakukan d0sa dan kesalahan,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Katanya lagi, sebagai manusia biasa, dia juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Penyanyi lagu, Angin Kencang ini turut memaklumkan dia juga sering kali memikirkan mengenai soal kem4tian hampir setiap hari.

Lantaran itu, dia memohon maaf andai dirinya pernah menyakiti hati mana-mana pihak.

“Saya tahu saya banyak meny4kitkan hati ramai orang tapi saya sudah lakukan yang terbaik untuk tidak. Mohon maafkan semua c4cat c3la saya akhlak lisan kelakuan saya.

“Walaupun saya selalu lafazkan ungkapan “live forever” tapi realitinya setiap hari saya fikirkan kem4tian saya. Terlalu banyak kekecewaan dan penyes4lan yang saya go thru dalam 37 tahun ini,” kongsinya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh)

Dikesempatan itu juga, Noh mengakui berasa bertuah kerana dikurniakan orang-orang yang sentiasa membimbingnya menuju ke arah kebaikkan.

“Tapi yang pasti, selama 37 tahun ini saya di guide oleh Tuhan sepenuhnya dan di kelilingi oleh orang orang yang baik hati dan penyayang seperti anda semua.

“Semoga Allah terus merahm@ti kita semua. Kalau aku tiba2 m4ti dalam masa terdekat ni, tolong jaga Nina & Musa untuk aku. Aku mohon. 37 tahun pada 15 march 2022,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti nyata tersentuh membaca nukilan tersebut selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Noh.

Sekadar informasi, Noh telah mendirikan rumah tangga bersama bekas penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada tanggal 1 Julai 2011.

Malah, pada awal bulan lalu, pasangan ini mengumum mereka telah pun mengambil seorang anak angkat yang diberi nama musa.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Kalau Aku Tiba-Tiba M4ti, Tolong Jaga Nina & Musa Untuk Aku,” – Noh Salleh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*