Shakila Koriri & Fizi Ali Sambut Birthday Anak Sama-Sama, Netizen: “Masuk Habuk Lak Mata Ni Tengok Ameena Happy Sebab Umi Daddy Ada Sekali…”

Bekas pasangan suami isteri Shakila Koriri dan Fizi Ali mendapat pujian ramai selepas menyambut ulang tahun kelahiran ketiga anak mereka, Ameena Sofia bersama.

Rata-rata mereka terharu melihat sikap profesional Shakila dan Fizi yang sanggup melupakan seketika apa jua yang berlaku di antara mereka sebelum ini, demi puteri kesayangan mereka itu.

Ada juga yang menyatakan rasa seb4k melihat wajah gembira Ameena ketika majlis tersebut, termasuk yang mengharapkan ibu dan bapanya kembali bersama.

Menerusi hantaran tersebut Shakila telah menulis kapsyen yang panjang untuk anak kesayangannya itu.

Shakila berkata, dia sepatutnya mengundang semua rakan-rakan Ameena pada majlis tersebut, tetapi membatalkannya dan menyambutnya bertiga.

“Walaupun tak berapa OK tapi kena OK sebab Hari Dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku dah terkangkang buat semua benda dengan birthday girl lately nak berdukung tak pasal-pasal sesaje.

“Happy 3rd Birthday nyawaku Ameena Sofea. Lain sikit tahun ni. (Lain banyak sebenarnya) tapi i janji i akan buat you happy bukan pada hari you tapi setiap hari setiap saat sebab you nyawa i.

“Birthday event you yang sepatutnya i akan invite all your friends semua cancel sebab Allah nak bagi kita celebrate bertiga.

“Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi i tahu you happy sebab memang you nak tengok DUA-DUA kan.

“Semoga you kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang.

“Ramai orang akan ikut kebaikan yang you tunjuk kan. Insyallah. You anak solehan dan anak yang akan buat Umi & Daddy bangga nanti,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Shakila Koriri & Fizi Ali Sambut Birthday Anak Sama-Sama, Netizen: “Masuk Habuk Lak Mata Ni Tengok Ameena Happy Sebab Umi Daddy Ada Sekali…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*