Ernie Zakri Tak Kisah Orang Panggil Syamel ‘Lembut’ – ‘My Husband Is Very Soft & Gentleman, Saya Sayang Dia’

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri menerusi satu ciapan di Twitter memuji ketampanan suaminya, Syamel walaupun menerima komen yang kurang menyenangkan daripada wargamaya.

‘Okay dengan komen’

Menerusi ciapan yang dikirim semalam, pelantun lagu Boneka tetap memuji suaminya walaupun terdapat sesetengah individu menggelarkan suaminya lembut.

Susulan daripada itu, seorang individu membalas ciapan tersebut dan sempat memberikan komen mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL36) yang berlangsung Ahad yang lepas.

Individu berkenaan pada masa yang sama turut memberikan pujian kepada Syamel dan Ernie pada masa yang sama menjelaskan dia ‘ok’ dengan komen tersebut. Membalas kepada ciapan tersebut, Ernie menjelaskan suaminya seorang lelaki yang budiman dan lembut.

Menerusi ruangan balas, dapat dilihat rata-rata wargamaya yang tampil back up Syamel dan menjelaskan dia tidak lembut seperti mana yang disangka.

Sebab make up, itu yang nampak macam lembut kak. Tapi elok je sebenarnya. Syamel lah yang nampak paling jantan kalau nak bandingkan dengan dancers.

Normalise not to labelling soft and gentleman as nonok. Pernah tengok macam mana sayangnya Syamel ni kat arwah mak dia.. I guess it’s in the upbring. Elok didikan arw4h mak dia.

Normal lah lelaki ada side lembut-lembut. Mak dia perempuan, so gen perempuan pun diwarisi anak lelaki. Tak perlu lah nak kvtuk-kvtuk.

Benar, jangan dengar sangat orang lain duk suruh gitu gini. Yang penting dia good husband dan tunaikan tanggungjawab dia.

Terdahulu, Ernie Zakri memilih suaminya sendiri iaitu Syamel untuk menjadi penyanyi ganti lagu ‘Boneka’ ketika AJL36 berlangsung.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 22 Februari yang lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Ernie Zakri Tak Kisah Orang Panggil Syamel ‘Lembut’ – ‘My Husband Is Very Soft & Gentleman, Saya Sayang Dia’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*