Bukan drama, tapi realiti! Anak akur, mahu berdikari kerja sendiri tapi ibu ‘p4ksa’ uruskan syarikat legasi keluarga

ENGGAN bergantung harap dan menikm4ti ‘elaun’ bulanan daripada ibu bapa mendorong g4dis cantik molek ini bekerja sendiri sebagai pembantu tadbir di syarikat kurier terkenal.

Malah, dia juga menolak tawaran bekerja di syarikat milik ibunya walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Azlynn Azman memberitahu, bekerja di syarikat milik keluarga seolah-olah dia ‘menggunakan’ duit ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Kamariah untuk berbelanja.

Katanya, sebagai anak, dia memasang impian untuk memberi wang hasil titik peluhnya kepada kedua ibu dan bapanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya tak minat kerja dengan mak. Lebih gemar bekerja sendiri dan mahu berdikari.

“Tak tahu kalau hanya saya saja yang rasa macam ni tapi saya tak mahu dapat duit dari mak selagi saya mampu cari sendiri. Kerja dengan mak, ibarat pakai duit dia,” ujarnya ringkas.

Namun disebabkan melihat kesukaran yang dilalui ibunya, g4dis berusia 22 tahun ini menuruti kemahuan keluarganya.

Azlyn bersama keluarga tercinta.

Keluarga Azlyn.

Katanya, sebagai anak bongsu daripada empat adik-beradik, hanya dia yang dapat membantu ibu meneruskan perniagaan yang dibina kira-kira tiga tahun lalu.

Tambahan pula, katanya, adik-beradik yang lain sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab sendiri.

“Awal tahun ni, mak minta saya gantikan tempat dia sebab mak dah tak larat nak uruskan syarikat Eostre Berhad. Tapi saya tak mahu masa tu.

“Selepas difikirkan dan diminta berkali-kali, saya rasa kasihan melihat mak. Jadi, bulan lepas saya tekad untuk membantu menguruskan perniagaan ibu.

Adik-beradik Azlynn sudah berumahtangga dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Adik-beradik Azlynn sudah berumahtangga dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.

“Buat masa ini, saya jadi pembantu peribadi mak. Bila mak ada kerja lain, saya akan gantikan termasuk hadir mesyuarat bersama kakitangan bawahan yang lain,” ujar anak kelahiran Kluang Johor itu.

Menurutnya yang kini menetap di Kajang, Selangor, keputusan drastik dibuat selepas dia mengenangkan kesusahan yang terp4ksa dilalui ibunya dahulu.

Mengimbau kembali kisah tersebut, ujarnya yang senang disapa Azlynn, ibunya bermula sebagai penjual nasi ambeng di tepi jalan sebelum diberi peluang menceburkan diri dalam perniagaan produk kesihatan.

Ujarnya, pada ketika itu, bapanya Azman Adi bekerja sebagai pemandu seorang figura terkenal.

Sentiasa mengikut ibunya ke syarikat pada masa ini.

Sentiasa mengikut ibunya ke syarikat pada masa ini.

“Setiap hari mak akan bangun seawal jam 4 pagi untuk sediakan semua barang berniaga nasi ambeng. Waktu petang pun berniaga dan pada masa sama buat COD (penghantaran pembelian).

“Setiap hari, sebelum berniaga kami kena pasang khemah sebab t4kut pihak majlis bandaraya akan k4cau… yelah berniaga tanpa lesen.

“Pada masa tu, saya dengan kakak akan promosi nasi ambeng di Instagram dan Facebook supaya dapat lebih ramai pelanggan. Abang pula akan buat penghantaran ke pelanggan yang buat pesanan.

Saya pernah melihat ibu men4ngis kerana tidak ada seorang pun datang membeli jualannya

NUR AZLYNN AZMAN

“Bila hujan lebat langsung tiada pelanggan beli nasi ambeng tapi nasib kami sedikit baik sebab buat COD cuma kadang-kadang seorang saja yang order.

“Waktu malam pun mak berniaga dengan abang. Mereka akan jual kerepek depan kilang secara car-boot sale.

“Saya pernah lihat ibu menangis kerana tidak ada seorang pun datang membeli jualannya,” ceritanya sayu.

Menurut Azlynn, dia begitu bangga memiliki ibu yang kuat semangat dan sabar malah tidak pernah sesekali merungut penat atau menangis di hadapan anak-anak.

Namun katanya, di waktu lapang, dia akan melakukan kerja sambilan kerana dengan cara itu dia boleh mendapat gaji daripada titik peluh sendiri.

Perkongsian yang diceritakan dalam video menjadi tular di aplikasi TikTok sehingga ditonton lebih 1.8 juta pelayar aplikasi tersebut selain menerima 168,000 tanda suka.

Kebanyakan netizen menyamakan kisanya dengan siri novel dan drama televisyen, malah mereka juga meninggalkan komen jenaka pada videonya itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Bukan drama, tapi realiti! Anak akur, mahu berdikari kerja sendiri tapi ibu ‘p4ksa’ uruskan syarikat legasi keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*