“Inilah Rezeki, AturanNya Sudah Sedia Cantik,” – Ayu Damit Minta Izin Suami, Berlepas Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Penyanyi Ayu Damit, 33, berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah menyifatkan keberangkatannya ke sana sebagai suatu rezeki besar dari Yang Maha Esa.

Menurut Ayu, meski sebelum ini dia pernah tunai umrah buat pertama kali pada 2016 lalu, namun peluang kali ini lebih bermakna, ketika dunia masih berdepan cab4ran p4ndem1k C0vldl9.

“Alhamdulillah syukur. Saya sekali lagi dijemput Allah SWT untuk tunai umrah bersama mereka yang rapat dengan saya meski suami tidak ikut sama. Saya anggap ini rezeki setelah beberapa kali hajat ke sana tertunda ak1bat p4ndem1k C0vldl9.

“Bagi saya buat masa ini, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali umrah terpaksa ditunda. Apabila diberitahu pihak agensi Mahsuri Travel sudah dapat tarikh tetap menunaikan umrah, saya sangat teruja.

“Saya pun sudah menjalani ujian saringan C0VlDl9, syukur sangat saya negatif. Inilah dinamakan rezeki. Saya memang dah lama pasang niat. Tak mungkin nak tolak,” katanya.

Ayu berangkat ke Mekah malam ini dan dijangka menunaikan umrah selama 10 hari bermula 21 Februari.

Penyanyi lagu Permata dan Hanya Di Mercu ini turut menjelaskan, dia sepatutnya menjayakan beberapa persembahan yang telah dipersetujui awal.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat tawaran lain selepas itu.

“Sepatutnya saya ada persembahan di Putrajaya dan Shah Alam, tapi saya saya mendapat persetujuan pihak penganjur untuk menunaikan umrah. Tak sangka pula, selepas batalkan show tersebut, tiba-tiba ada tawaran persembahan juga selepas balik umrah.

“Inilah namanya rezeki, aturanNya itu sudah sedia cantik dan inilah peluang untuk saya tumpu pasa ibadah dan pastinya saya mahu mendoakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah.

“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Inilah Rezeki, AturanNya Sudah Sedia Cantik,” – Ayu Damit Minta Izin Suami, Berlepas Ke Tanah Suci Tunai Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*