G4dis dah boleh memandu selepas BF ajar seminggu dari tengah hari sampai malam… rupa-rupanya 2+1, sempat juga ‘baca’ perangai si dia!

BELAJAR memandu sememangnya menc4bar dan menguji kesab4ran, apatah lagi jika mendapat tenaga pengajar yang tegas dan g4rang.

Seorang g4dis, menerusi video yang tular di media sosial berkongsi pengalaman belajar memandu dengan ‘pasangan’nya sendiri.

“Belajar dengan partner,” katanya menerusi keterangan video berdurasi 39 saat itu.

Berkongsi pengalaman, g4dis berkenaan, Nur Syazwani Kaderi menjelaskan bahawa ‘pasangan’ yang dimaksudkan adalah teman lelakinya yang sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor sebelum ini.

Nur Syazwani yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat berkata, dia sebenarnya telah memiliki lesen memandu pada Oktober 2020.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tapi dah hampir setahun saya tak drive sejak dapat lesen. Sebabnya saya tak ada kereta sendiri dan rasa t4kut kerana saya pernah terbabit dengan kemal4ngan masa umur 18 tahun.

“Masa tu kawan drive kereta famili dia dan terl4nggar signboard besar di jalan. Hent4man agak kuat, habis kemek di bahagian depan. Memang tr4uma,” katanya yang berusia 25 tahun ini kepada mStar.

Lebih mesra disapa Wawa, dia mengakui perlu kembali membiasakan diri memandu kereta kerana bakal menempuh alam pekerjaan selepas ini.

“Dulu partner (teman lelaki) boleh jemput saya untuk ke mana-mana sebab rumah sewa kami berdekatan di Shah Alam. Sekarang hubungan kami jarak jauh, dia nasihatkan saya supaya belajar memandu.

“Memang kena belajar sebab parking sisi agak menc4bar… saya kena ‘balas balik’ stereng dan pusing banyak kali,” ujarnya yang berasal dari Bintulu, Sarawak.

belajar memandu 6

Wawa sebelum ini mengalami pengalaman pahit ketika menaiki kereta.

Menurut Wawa, dia selesa belajar dengan teman lelakinya berusia 27 tahun dari Kota Bharu, Kelantan. yang disifatkan penyabar selain mempunyai teknik tersendiri untuk mengajar.

“Selama seminggu kami belajar memandu ulang-alik ke kawasan lapang dekat lot kedai yang baru beroperasi, jadi tak banyak sangat kereta,” ujarnya sambil menambah sesi tersebut berlangsung dari tengah hari hingga pvkul10 malam setiap hari.

Memang kena belajar sebab parking sisi agak menc4bar… saya kena ‘balas balik’ stereng dan pusing banyak kali.

NUR SYAZWANI KADERI

Mengimbas kembali pengalaman ‘kelas memandu’ pada Oktober tahun lalu, anak ketiga daripada lima beradik itu berkongsi insiden yang tidak dapat dilupakan ketika sesi rehat.

“Setiap kali berhenti rehat, kami makan di restoran. Malangnya, restoran yang kami pergi pula asyik serve makanan tak sedap dan kesemua restoran tu saya yang pilih.

“Kuah tomyam pun rasa air paip. Air jus epal rasa susu pekat je, tak ada rasa buah. Partner cakap saya tak reti pilih restoran,” ujarnya secara berseloroh.

belajar memandu 1

Wawa kini kembali memandu.

Wawa yang mengusahakan bisnes wangian secara kecil-kecilan di samping membantu keluarganya berniaga berkata, dia kini boleh kembali memandu seperti biasa.

“Bagi saya, belajar memandu dengan partner dapat menilai dia macam mana orangnya. Sejauh mana kesab4ran dia, bagaimana dia menangani setiap situasi.

“Ini terutama bila saya buat tak betul, parking 10 kali pun tak masuk line lagi tapi dia masih boleh kawal emosi. Masa susah ni boleh tunjuk diri dia yang sebenar.

“Sekarang, dia dah bagi sepenuh kepercayaan untuk saya drive sendiri, sambil tu dia menilai. Dia akan ajar apa yang patut dan tak patut ketika memandu,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "G4dis dah boleh memandu selepas BF ajar seminggu dari tengah hari sampai malam… rupa-rupanya 2+1, sempat juga ‘baca’ perangai si dia!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*