Entah bila selesai isu beg sekolah berat! Meriah komen mak ayah lihat inisiatif sekolah dikongsi guru… ada ris4u buku hilang, buntu sekolah 2 sesi

BUDAK-BUDAK sekarang terlampau manja atau generasi milenia ini dilambakkan dengan buku teks yang tidak relevan?

Itu antara persoalan yang sering timbul apabila isu beg sekolah berat diutarakan di mana-mana platform waima dalam perdebatan antara ibu, bapa dan guru.

Sebagai ibu, semestinya dia tidak sanggup melihat anak yang dilahir dan ditatang bagai minyak yang penuh memikul beg berat walaupun untuk tujuan belajar.

Malah, kondisi itu mungkin sahaja mengakibatkan anak-anak berhadapan mas4lah kesihatan serius seperti tulang belakang bengkok dan kemvrungan.

Menyedari perihal itu, seorang cikgu memuat naik video berdurasi 27 saat yang menonjolkan salah satu inisiatif bagi mengelakkan murid sekolah rendah membawa buku yang berat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menggunakan caption ‘ini yang sekolah aku buat untuk atasi beg sekolah yang berat’, pemilik akaun itu mengajak pihak sekolah serta ibu bapa dan penjaga mengikut cara yang diamalkan di sekolahnya.

Video tersebut memaparkan buku-buku murid diletakkan di dalam sebuah kotak plastik dan ditinggalkan di bahagian belakang kelas.

Dikenali sebagai cikgu Faizal Faiz, katanya setiap murid mendapat satu kotak plastik yang mana gambar dan nama akan ditampal pada bahagian sisinya bagi mengelakkan ia tertukar.

Buku-buku murid ditinggalkan di dalam kotak plastik yang diletakkan di belakang kelas.

Buku-buku murid ditinggalkan di dalam kotak plastik yang diletakkan di belakang kelas.

“Sekarang terp4ksa letak di sebelah murid kerana minima pergerakan dalam kelas.

“Murid hanya bawa pulang buku yang berkaitan sahaja,” katanya yang juga guru bagi mata pelajaran Matem4tik dan Bahasa Inggeris.

Inisiatifnya itu mendapat pelbagai reaksi dan ditonton lebih 435,000 pelayar media sosial serta mendapat 45,800 tanda suka (likes).

Hanya buku yang perlu sahaja dibawa pulang ke rumah.

Hanya buku yang perlu sahaja dibawa pulang ke rumah.

Kebanyakan netizen yang terdiri daripada kumpulan ibu bapa bersetuju dengan langkah yang ditunjukkan itu.

“Sokong, sepatutnya dah lama buku teks tak payah bawa balik rumah. Buku kerja dan latihan saja yang bawa balik,” tambah Tun Teja.

“Bagus idea ni, kalau balik sekolah kena hujan pun tak ada kes buku rosak sebab kena hujan,” luah Bibie Ana.

Jangan hanya guna untuk beli pokok bunga untuk cantikkan sekolah saja.

MAZINZIZA

“Bagus cikgu. Ini sebenarnya atas sekolah ja untuk selesaikan, setiap sekolah kutip duit PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) kan?.

“Jangan hanya guna untuk beli pokok bunga untuk cantikkan sekolah saja,” komen Mazinziza

Turut menyokong, Fieza yang menyifatkan langkah tersebut sebagai tindakan terbaik kerana buku teks pada masa ini sangat tebal dan tidak sanggup melihat anak bawa beg ke sekolah.

Antara reaksi warga netizen yang memenuhi ruangan komen

Antara reaksi warga netizen yang memenuhi ruangan komen.

Namun, terdapat juga komen-komen nakal daripada netizen antaranya, ‘kalau tak siap kerja sekolah, tiada alasan buku tertinggal’ dan ‘nanti habis kena remb4t dengan kawan’.

Ada juga menyatakan ia hanya sesuai di sekolah yang mempunyai bilangan murid sedikit.

“Kalau murid sikit okay la cikgu… ni macam kelas anak saya 40 orang satu kelas, mana nak susun tu,” luaj Shazie.

“Kalau tak kongsi kelas tak apa la, tiada masalah buku hilang. Masalahnya bila sekolah yang dua sesi ni, nak buat macam mana,” aju Alynn.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Entah bila selesai isu beg sekolah berat! Meriah komen mak ayah lihat inisiatif sekolah dikongsi guru… ada ris4u buku hilang, buntu sekolah 2 sesi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*