Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam r4cun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

“KAMI berniaga, balik pvkul2 pagi tapi tak dapat masuk rumah sebab jiran parking kereta betul-betul depan pagar.. nak kena panggil dia time tu dalam keadaan hujan lebat,” luah Nur Farhana yang kes4l sikap penting diri jirannya.

Menurut peniaga berusia 31 tahun itu, jirannya bukan sekadar tidak mengendahkan setiap tegvran yang diberikan malah berulang kali melakukan kesalahan sama.

Video tindakannya itu ditonton lebih 530,000 pelayar TikTok selepas dimuat naik, malah majoriti netizen menyatakan mereka turut mengalami situasi seumpama itu: “Ger4m dengan jiran, saya park depan rumah dia balik… dia panggil saya buat pekak, call ayah saya untuk alihkan.”

Berkongsi cerita kepada mStar, tindakan meletakkan bekas kosong di atas bumbung kereta dengan ayat ‘untuk dijual RM800, percuma pam r4cun’ adalah untuk menyedarkan jirannya itu.

“Kita dah biasa tegur tapi still buat juga. Tak mau g4duh dengan dia jadi buat macam tu.

“Kadang-kadang dia parkir tak fikir kami yang duduk dekat sini sebab parking betul-betul depan rumah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“pvkul2 pagi kena panggil dia untuk ubah… kalau adik-beradik dia balik, memang dia akan susun parking sepanjang jalan ni,” ujarnya yang ger4m dengan sikap tersebut.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, tindakan pentingkan diri jirannya itu menjadi perhatian dia dan suami serta beberapa penduduk berhampiran selepas mengalami kesukaran untuk bergerak.

“Rumah depan kami dah ada penyewa… jiran tu pun mengadu kata susah nak lalu sebab laluan taman ni kecil.

“Kat sisi rumah kami ada pembahagi taman lama dengan taman baru. Bila guna lorong tu, terp4ksa makan side sebab dia letak kereta kat situ.

“Jadi kena pusing ikut lorong lagi satu untuk masuk ke rumah kami,” katanya sambil menambah, jirannya itu hanya mendiamkan diri walaupun melihat kesukaran yang dialaminya.

Kebanyakan netizen meninggalkan komen pernah mengalami situasi sama

Kebanyakan netizen meninggalkan komen pernah mengalami situasi sama.

Bercerita lanjut, ujar Nur Farhana, kawasan perumahannya yang terletak di Alor Setar Kedah itu terbahagi kepada dua iaitu taman lama dan taman baru.

Ujarnya, taman baru dibina atas tapak kosong berhampiran dan lokasi itu sering diguna untuk meletak kenderaan.

Katanya lagi, pemilik kenderaan tersebut adalah penduduk di taman lama manakala dia mendiami taman baru dan sikap meletakkan kereta di situ berterusan walaupun perumahan siap diduduki.

“Jalan kecil tu macam pembahagi antara taman baru dengan taman lama.

“Sejak kami pindah duduk situ dua tahun lalu, dia buat perangai macam tu. Sekarang ni ada juga dua tiga orang terikut perangai dia.

Pemilik mengubah kereta selepas tong 'jual kereta' diletakkan

Pemilik mengubah kereta selepas tong ‘jual kereta’ diletakkan.

“Rasa payah, dulu pakai kereta kecil, sekarang pakai 4×4. Kami t4kut terkena kereta dia, nanti akan undang perg4duhan, jadi ambil inisiatif dengan beberapa penduduk berhampiran buat macam tu.

“Lepas video ni viral, dia tak datang serang pun tapi kereta dah tak parkir depan pagar rumah kami,” jelasnya.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah mengenali jirannya itu kerana kereta diparkir selepas dia keluar untuk berniaga dan waktu pulang ke rumah pula sekitar pvkul2 pagi.

Tambahnya, sebelum tindakan meletakkan tong jual itu, dia juga pernah meninggalkan nota di kereta berkenaan untuk ubah selain pernah menolak kenderaan itu kerana handbrake tidak ditarik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam r4cun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*