“Akhirnya, Setahun Kemudian…” – Elizabeth Tan Sambut Majlis Resepsi Perkahwinan Bersama Suami, Cantiknya!

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan meraikan usia setahun perkahwinannya bersama suami, Siew Jim dalam sebuah majlis resepsi yang gilang-gemilang pada Ahad.

Menerusi laman sosial Instagram, Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, 29, memuat naik sebuah video momen-momen di majlis tersebut untuk tatapan umum.

“Akhirnya, setahun kemudian hehehe.

“Terima kasih pada semua yang menjadikan malam ini cukup indah. Semua orang yang meraikannya bersama kami dan membantu menjadikan malam ini bersama-sama.

“Saya sayang anda semua dan saya akan ingat malam ini seumur hidup saya,” tulis Lizzy ringkas di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Dalam perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu menunjukkan Lizzy cukup cantik mengenakan gaun pengantin rekaan Dentelle Bridal.

Majlis intim yang bertemakan romantik dengan nuansa putih hijau ini dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dam wargamaya menitikkan ucapan tahniah buat kedua mempelai di atas sambutan majlis resepsi mereka.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 450,000 tontonan daripada pengikutnya.

Pada Mac 2021, berita mengenai perkahwinan Lizzy dan Siew Jim, 31, tersebar selepas tular sekeping foto pasangan itu tular di media sosial.

Lizzy kemudian memaklumkan dia sudah berkahwin di sebuah gereja di Gombak dan hanya dihadiri 10 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Akhirnya, Setahun Kemudian…” – Elizabeth Tan Sambut Majlis Resepsi Perkahwinan Bersama Suami, Cantiknya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*