Hikmah p4ndem1k! Kesabaran g4dis berbalas dapat tunai umrah kali ke-2 dengan BFF, lebih tenang di Raudah… tapi reda tak dapat sentuh Kaabah

SETIAP umat Islam pastinya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah.

Begitu juga dengan g4dis dari Gua Musang, Kelantan ini yang sudah dua kali mengerjakan ibadah umrah masing-masing pada tahun 2016 dan 2022.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurin, dia sepatutnya berangkat ke Makkah untuk kali kedua pada tahun 2020, namun rancangan itu lama tertunda gara-gara p4ndem1k yang melanda.

“Saya pernah ke Makkah dengan keluarga pada tahun 2016. Sepatutnya saya pergi buat kali kedua pada Mac 2020, tapi ia dibatalkan kerana p4ndem1k C0vldl9.

“Pada waktu itu, semua persiapan dah dibuat. Tapi tak jadi pergi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Akhirnya pada Disember 2021, saya dimaklumkan dapat ke Makkah pada Januari 2022.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tapi masa tu baca dalam surat khabar perjalanan ke Makkah digantung bermula 8 Januari. Saya risau dibatalkan lagi kali ini, tapi syukur saya berangkat ke Makkah pada 6 Januari dan kembali ke Malaysia pada 19 Januari,” ujarnya yang berusia 23 tahun ini.

Menurut graduan Politeknik Kota Bharu itu, kunjungan kali ini sedikit berbeza berbanding ibadah umrah pertama kerana dia tidak bersama ahli keluarganya.

nurin3

Dua sahabat dari Gua Musang ini berangkat ke Makkah pada 6 Januari lalu.

Sebaliknya, Nurin pergi ke sana bersama rakan sekampung yang dikenali sebagai Syakira yang mana ia dianggap sebagai antara kenangan terindah dalam hidupnya.

“Kali ini saya pergi dengan best friend saya. Kami dah berkawan lebih 10 tahun. Walaupun ibadah kali ini dilakukan dalam keadaan patuh prosedur operasi standard (SOP), namun semua urusan kami dipermudahkan.

Sepatutnya saya pergi buat kali kedua pada Mac 2020, tapi ia dibatalkan kerana p4ndem1k C0vldl9.

NURIN

“Saya rasa dengan adanya SOP, semua urusan jadi lebih senang. Contohnya, dulu berebut-rebut nak masuk Raudah (taman syurga) di Masjid Nabawi. Sekarang ada had masa, jadi saya boleh solat sampai ke depan. Lebih senang nak beribadah.

“Cuma kali ini saya tak dapat sentuh Kaabah kerana ia dikelilingi pagar. Kempunan sikit kali ini, sebab tahun 2016 dulu boleh sentuh,” ujar graduan bidang pemasaran itu.

Dalam pada itu, Nurin yang bekerja dengan keluarganya turut berkongsi video kunjungan ke tanah suci Makkah menerusi platform TikTok.

Video itu meraih lebih setengah juta tontonan dalam masa 24 jam dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

nurin5

Video kunjungan dua sahabat itu ke Makkah tular di TikTok.

nurin4

Antara foto kenangan mereka berdua sepanjang di sana.

Jelas Nurin, dia turut menerima banyak soalan daripada netizen, khususnya mengenai SOP ibadah ketika p4ndem1k serta proses perjalanan ke sana.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Hikmah p4ndem1k! Kesabaran g4dis berbalas dapat tunai umrah kali ke-2 dengan BFF, lebih tenang di Raudah… tapi reda tak dapat sentuh Kaabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*