Mahu kelainan dan cuba sesuatu yang baharu, ‘photoshoot underwater’ tarik perhatian netizen

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin merakam detik-detik indah sebagai raja sehari agar dapat dijadikan kenangan pada masa hadapan.

Ada yang sanggup mengeluarkan modal yang tinggi bagi mendapatkan juru gambar yang berkualiti lebih-lebih lagi melibatkan penggambaran ‘outdoor’ (luar).

Menerusi perkongsian satu klip video di laman Tiktok Eyra Fadz, memaparkan sebuah sesi penggambaran perkahwinan yang dilakukan dalam laut, namun lokasi sebenar tidak dapat dipastikan.

Menurut Eyra, dia melakukan penggambaran itu kerana inginkan kelainan serta mencuba sesuatu yang baharu.

Bagaimanapun, keadaan air yang agak keruh menyebabkan kualiti gambar-gambar yang ditangkap tidak menepati cita rasa dan kurang daripada dijangkaannya.

Video:

@eyrafadz

Reply to @rawaidaaaa first time kene buat fotoshoot underwater just pakai air support je. ghisauu sis. Itu jela posing yg paling ok 😂😂😂😂 #mermaid

♬ umbrella slowed – xxtristanxo

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai memuji usaha wanita tersebut walaupun terdapat segelintir yang mempersoalkan tindakannya. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.5 juta tontonan, 191.1k likes dan pelbagai komen dari netizen. 

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Mahu kelainan dan cuba sesuatu yang baharu, ‘photoshoot underwater’ tarik perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*