Lewat Ke Sekolah, Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian – “Didikan Bagus, Beb3lan Paling Sopan..”

Penyanyi Faizal Tahir mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi aktiviti hariannya menghantar anak-anak ke sekolah.

Menerusi platform TikTok, Faizal yang menghantar empat orang anaknya yang lengkap memakai uniform sekolah turut berkongsi gelagat mereka masing-masing.

Dalam perkongsian berdurasi kurang dua minit itu juga menunjukkan Faizal bergegas kerana telah terlewat menghantar anak-anaknya.

“Sorang hidung berd4rah, sorang hilang kopiah, yang lagi dua orang berg4duh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah.

“Alhamdulillah, semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InsyaAllah. Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat, salahkan abah,” ujar Faizal di ruangan kapsyen.

Video:

@faizal_tahir

Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah 😌Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah 😅

♬ original sound – Faizal Tahir – Faizal Tahir

Di dalam perjalanan ke sekolah, pelantun lagu Sampai Syurga itu turut dilihat menegur kelakuan anak-anaknya dan menasihati mereka.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap cara Faizal mendidik anak-anaknya.

Ramai yang suka Faizal menegur kelakuan anak-anaknya dengan cara ‘tegas tetapi lembut’ serta penggunaan bahasa Inggeris yang ‘sedap didengar’.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Faizal Tahir dan isteri, Siti Raihanim Rohan mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.

Pasangan tersebut dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid, Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah, Siti Nawar Malaikha dan seorang bayi yang baru dilahirkan pada Disember 2021.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Lewat Ke Sekolah, Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian – “Didikan Bagus, Beb3lan Paling Sopan..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*