“Nama Anak? Kena Tanya Merekalah,” – Ibu Harris Alif Gembira Dapat Cucu Baharu, Tak Sabar Tunggu Kemeriahan Raya

Perasaan ibu mana yang tidak gembira apabila anak kesayangan telah bergelar bapa? Mungkin itulah perasaan yang dikecapi oleh ibu Harris Alif, Khalizah Abdul Khalid saat mendapat perkhabaran Harris telah menimang puteri sulungnya pada 31 Januari yang lalu.

Menerusi perbualan telefon, Khaliza berkata, dia sangat teruja apabila mendapat tahu anak dan menantunya, Intan Ladyana berada dalam keadaan baik.

“Of course saya happy dan bersyukur dengan kelahiran cucu ketiga ini. Memanglah pada awalnya rasa berdebar-debar. Maklumlah sebab kita tidak dapat pergi tengok.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) hospital memang tak benarkan keluarga untuk masuk, terutama di kawasan tempat bersalin. Hanya suami sahaja yang dibenarkan menemani isteri.

“Jadi, setiap kali ada perkembangan, memang Harris yang akan khabarkan kepada kami,” katanya kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang proses berpantang, Khaliza berkata, Intan akan berpantang di rumah mereka.

“Kalau proses berp4ntang akan dilakukan di rumah Intan dan Harris lah. Saya berharap agar kehidupan mereka bertambah bahagia dan sentiasa dirahmati. Insya-Allah, apabila Intan sudah discharged, saya akan datang melawat dia dan cucu,” katanya lagi.

Ditanya adakah dia sudah mengetahui nama yang bakal diberikan kepada cucunya, Khaliza menjawab:

“Nama anak? Kena tanya merekalah…,” katanya sambil tertawa.

Terdahulu, baik Intan mahupun Harris, masing-masing enggan memberitahu tentang status kandungan sungguhpun Intan kelihatan sarat hamil menerusi beberapa siri foto dan video yang dimuat naik di media sosial.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Nama Anak? Kena Tanya Merekalah,” – Ibu Harris Alif Gembira Dapat Cucu Baharu, Tak Sabar Tunggu Kemeriahan Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*