“Bertudung Biarlah Dengan Ilmu Supaya Tak Buka Lagi” – Netizen Prihatin, Mahu Emma Maembong Tutup Aurat

Ramai yang mengambil peluang bercuti panjang saat sebilangan masyarakat Tionghua menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina.

Ada yang pulang ke kampung dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara. Golongan artis juga tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian, termasuk pelakon popular, Emma Maembong.

Jika dilihat pada kemaskini Instagramnya, dram@tis itu kelihatan gembira berkongsi pengembaraannya di luar negara yang bermula di Dubai dan seterusnya Switzerland.

Ramai yang memuji kecantikan Emma selain mengucapkan selamat bercuti kepada dia dan keluarga. “Cantiknya.. Emma snap picture pakai apa? On point betul gambar.

Cantik,” tulis seorang pengikutnya “Seronoknya. Semua pergi main snow… mengenang plan ke tempat lain… takpelah lain kali insya-Allah,” respons seorang pengguna media sosial pula.

Namun, terdapat juga segelintir yang mengkritik penampilan Emma terutama apabila dia memuat naik gambar berlokasikan padang pasir di Dubai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

“Kenapa Emma tak pakai tudung macam dulu lagi,” tanya seorang wargamaya di ruangan komen. Namun, ada juga yang berdoa dan berharap agar Emma kembali menutup aurat seperti dahulu.

“Harap lepas ni bila Emma bertudung biarlah dengan ilmu supaya tak buka lagi. Sayang… Emma cantik sangat untuk ditayang… Moga berusaha mencari ilmu agar Allah hadiahkan hidayah,” respons seorang peminatnya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: gempak, sinarviral

Be the first to comment on "“Bertudung Biarlah Dengan Ilmu Supaya Tak Buka Lagi” – Netizen Prihatin, Mahu Emma Maembong Tutup Aurat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*