Akhirnya rindu terubat, bukan setakat penuhi request, rupa-rupanya ibu Dr Amalina buat 2 kejvtan

SELEPAS kira-kira seminggu tiba di tanah air menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB), pakar bed4h kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya pulang ke kampung halamannya di Johor.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), kepulangan Dr Amalina bersama suaminya yang juga jejaka Inggeris, Alexander Charles disambut ibu tercinta di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Bahru, pada Selasa.

Dr Amalina pada Khamis memuat naik sekeping gambar bersama ibunya di meja makan dengan pelbagai juadah, menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya.

Bagaimanapun dua biji kek – Happy Birthday (Selamat Hari Jadi) dan Happy Anniversary (Selamat Ulang Tahun) yang turut dihidangkan di meja menjadi perhatian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Bercakap kepada mStar, ibu Dr Amalina, Sabariah Hassan, 61, berulang kali mengucapkan kesyukuran akhirnya dipertemukan dengan anak tunggalnya selepas lebih dua tahun terpisah berikutan sekatan perjalanan ak1bat p4ndem1k C0vldl9.

kejutan untuk dr amalina 9

Dua biji kek yang dihasilkan oleh ibu Dr Amalina.

“Sudah tentu saya seronok akhirnya dapat juga bertemu depan mata, pelvk c1um anak sendiri. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberikan, bersyukur sangat.

“Pelbagai juadah bersama dua kek, blueberry cheesecake dan biscoff cheesecake itu saya buat sendiri untuk kejutan buat Amalina.

“Benar, Amalina sebelum ini ada request minta saya masak macam-macam tapi bukan dua kek tu. Itu yang Amalina sendiri terkejvt sebab tak sangka,” katanya ketika dihubungi.

kejutan untuk dr amalina 8

Sabariah (kanan) bersama Dr Amalina (tengah) dan Alex di LTAS.

Teruja dengan kejvtan yang menjadi, Sabariah berkata, kek harijadi itu dibuat sempena ulang tahun Dr Amalina ke-34 pada 7 Disember 2021.

“Amalina baru balik, jadi saya sambut birthday dia dengan blueberry cheesecake. Kek biscoff cheesecake pula saya buat sempena ulang tahun perkahwinan Amalina pada 31 Mac ni.

“Amalina nak balik semula ke London dah, jadi saya sambut lebih awal anniversary dia, termasuk birthday. Tak rancang pun pada awalnya, saya spontan buat kejutan,” katanya.

Saya seronok akhirnya dapat juga bertemu depan mata, peluk cium anak sendiri. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberikan.

SABARIAH HASSAN

Menurut pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor itu, percutian singkat Dr Amalina di Johor dihabiskan sebaik-baiknya.

“Seperti yang Amalina request, setiap hari saya masak macam-macam termasuk nasi carrot dan ayam masak merah serta menu barat iaitu chicken lasagna,” katanya yang turut menyediakan nasi minyak, nasi beriani dan nasi hujan panas sepanjang kepulangan anaknya.

kejutan untuk dr amalina 2

Dr Amalina (kiri) dan suami di kediaman ibunya di Ulu Tiram.

Seperti yang dirancang, katanya, dia bersama Dr Amalina dan menantunya yang lebih mesra disapa Alex turut berkesempatan bercuti di Desaru.

“Alhamdulillah, percutian singkat tapi amat bermakna buat saya dan Amalina. Saya dan Amalina sangat gembira.

“Amalina tak sangka inisiatif kerajaan menerusi program gelembung pelancongan memudahkannya dan suami yang merupakan warga asing pulang ke Malaysia,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Akhirnya rindu terubat, bukan setakat penuhi request, rupa-rupanya ibu Dr Amalina buat 2 kejvtan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*