“Tapi Nampak Macam Handsome Jugak Eh Aku Kalau Macam Tu” – Aliff Syukri Beri Respons Dikatakan Mirip Salih Ucan

Semalam, kecoh di laman sosial apabila netizen menyamakan pemain skuad kebangsaan Turki, Salih Ucan dengan pengusaha kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri.

Menerusi perkongsian di Twitter, ramai yang berseloroh dan mengatakan wajah pemain bola tersebut mirip dengan Aliff Syukri.

“Congratulation Datuk Aliff Syukri. Sekarang dah jadi pemain bola sepak dah… serba serbi boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, main bola pon boleh. Ni la semangat Malaysia Boleh!” tulis seorang pengguna Twitter.

Tidak hanya viral di media sosial semata-mata, kekecohan itu turut disedari oleh tuan empunya badan dan memberi respon menerusi akaun TikTok miliknya.

Pengiktu Aliff menerusi ruangan soal jawab menulis: “Datuk, komen pasal pemain bola sepak yang sama muka macam Datuk,” tulis individu berkenaan.

Aliff secara spontan kemudian menjawab: “Ha? Korang nak suruh aku komen? Ada ke sama muka aku ni? Tang mana sama tu?

“Nak katakan orang Turki aku ni orang Jawa orang Bajak. Nak kata pandai main bola sepak tak jugak. Cuba korang komen kat bawah tang mana sama tu?

“Tapi nampak macam handsome jugak eh aku kalau macam tu, ala-ala orang Turki” ungkapnya dalam nada berseloroh.

@aliffsyukriterlajaklaris

Balas kepada @kanis997 betul ke awak saya ni macam pemain bola sepak dekat Turki itu cuba korang bagi pandangan awak dekat ruangan komen di bawah

♬ bunyi asal – Terlajaklaris – Terlajaklaris

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan respons positif terhadap kesamaan wajah mereka berdua.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta supaya Aliff mengenakan jersi bola sepak seperti Salih Ucan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Tapi Nampak Macam Handsome Jugak Eh Aku Kalau Macam Tu” – Aliff Syukri Beri Respons Dikatakan Mirip Salih Ucan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*