“Saya Dalam Proses Memperbaiki Diri,” – MK K-Clique Masih Solo, Ibu Tak Pernah Suruh Kahwin Cepat

Nama penyanyi MK K-Clique sering menjadi tumpuan dalam kalangan peminat wanita. Jarang berkongsi hal peribadi di media sosial, status pemuda berasal dari negeri Sabah itu menjadi persoalan.

Belum berpunya

Ketika ditemui, OhBulan! sengaja mengvsik bertanya sama ada dia sudah berpunya. Dengan tersenyum manis, MK, 26, berkata dia masih solo.

Saya belum (berpunya), insya-Allah belum, tapi insya-Allah akan. Kena selidik jauh-jauh sikit.

Saya sedang dalam proses memperbaiki diri dan menyayangi orang-orang yang ada di sekeliling. Mereka yang berada di belakang saya sekarang.

Tambah pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan, ibunya juga tidak pernah bertanya atau menggesa dia untuk berkahwin secepat mungkin.

Ibu di kampung pun tiada paksaan (tentang jodoh). Target untuk berumah tangga belum ada tapi insya-Allah tengok rezeki macam mana, kalau ada.

MK ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Romp4k di Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain MK, Romp4k turut dibintangi oleh Zizan Razak, Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan Siti Khadijah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "“Saya Dalam Proses Memperbaiki Diri,” – MK K-Clique Masih Solo, Ibu Tak Pernah Suruh Kahwin Cepat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*