Pak Nil selesa dengan kehidupan terkini, soal kahwin bukan keutamaan lagi buat masa ini

Hampir 25 tahun bergelar duda dan bapa tunggal membuatkan pengacara popular Aznil Nawawi atau Pak Nil selesa dengan kehidupan yang dikecapi kini.

Pak Nil memberitahu, walaupun lama menyepi tanpa pasangan istimewa di sisi, itu bukan alasan buatnya terburu-buru mencari pasangan hidup seterusnya menamatkan zaman duda dan kembali berumah tangga.

Bagi Pak Nil, soal jodoh bukan lagi keutamaan buat dirinya kerana sejak tiga dekad lalu dia telah mencurahkan sepenuh rasa cinta dan jiwa terhadap kerja seninya.

“Anak tak pernah tanya pasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa dia asyik sibuk dengan urusan kerja.

“Anak sulung saya juga jenis wanita berkerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan lagi buat masa ini,” katanya ketika sesi pengumumannya sebagai duta Nakada baru-baru ini.

Menurut Pak Nil, sebagai bapa dia sentiasa menggunakan pendekatan sama seperti ibu bapa lain mendidik anak supaya menjadi insan yang baik dan saling menghorm4ti.

“Saya selalu ingatkan mereka untuk hormat kepada orang tua. Saya juga ajar mereka supaya pandai buat keputusan sendiri dengan betul.

“Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak,” katanya.

Mengulas sedikit mengenai pelantikannya yang dilihat masih relevan sebagai duta, Aznil berkata, dia menerima dengan hati terbuka selagi mana ada pihak yang masih mempercayainya.

“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada. Kerja memasak pun jadi lebih senang dan jimat masa,” katanya. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Pak Nil selesa dengan kehidupan terkini, soal kahwin bukan keutamaan lagi buat masa ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*