Kekalkan Fizikal Sihat, Syafiq Kyle Pilih Main Bola Bagi Jaga Stamina

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam mengekalkan kecergasan dan pelakon popular, Syafiq Kyle tidak terkecuali.

Menurut pelakon drama Nur itu, dia kerap meluangkan masa menjalani aktiviti sukan dan riadah bersama kawan-kawan bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga.

“Kebiasaannya, jika ada masa lapang, saya dan kawan-kawan akan berkumpul dan kami akan lakukan aktiviti sukan seperti beriadah dan juga bermain bola sepak.

“Kami juga menubuhkan Challo FC, yang ahlinya juga merupakan kenalan saya. Jadi boleh dikatakan hampir setiap minggu kita anjurkan friendly match.

“Jika saya tidak sibuk, saya mesti ikuti aktiviti yang diadakan oleh kelab. Selain berjumpa kawan, sukan ini juga boleh tingkatkan stamina dan bagus untuk kesihatan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Terdahulu, menerusi laporan media, Syafiq Kyle dikatakan membelanjakan sejumlah wang untuk menubuhkan kelab bolasepak miliknya yang diberi nama Challo FC.

Kongsi Syafiq, tujuan penubuhan kelab itu adalah disebabkan hasrat untuk menjadi pemain bola profesional tidak kesampaian.

Pelakon filem Pusaka itu turut memberitahu yang penubuhan Challo FC juga dilihat berjaya merapatkan hubungan mereka melalui aktiviti sihat.

Namun, p4ndem1k C0VlDl9 yang mel4nda dunia sejak dua tahun lalu sedikit sebanyak membantutkan perancangan kelab ini untuk bergiat lebih aktif.

“Challo FC ditubuhkan hampir empat tahun. Kelab ini diketuai oleh pelakon Aedy Ashraf. Bukan sahaja pelakon, Challo FC juga turut dianggotai oleh penyanyi, model, influencer, YouTuber dan ahli perniagaan.

“Saya berharap supaya selepas ini kami boleh main bola dan buat aktiviti dengan lebih aktif lagi. Kita doakan la pandemik ini cepat-cepat berakhir… setiap kali main bola dengan team Challo, walaupun hanya friendly match perasaan seronok tu lain macam,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Kekalkan Fizikal Sihat, Syafiq Kyle Pilih Main Bola Bagi Jaga Stamina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*