Wanita cem4s contact lens hilang dalam mata masa memandu, n4fi puncanya sebab tak jaga kebersihan – “Saya cuba cari, tenyeh-tenyeh sikit” – Viral | mStar

JIKA dilihat pada perkongsian di media sosial sebelum ini, ramai juga yang pernah memuat naik pengalaman cem4s gara-gara pemakaian kanta lekap.

Begitu juga dengan wanita ini yang berdepan detik ‘meng3rikan’ apabila salah satu kanta lekap yang dipakainya ‘hilang’ di dalam mata sehingga terp4ksa bergegas ke klinik untuk mendapatkan r4watan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Alani Bazla berkata, ketika kejadian beberapa hari lalu itu, dia sedang memandu berseorangan selepas selesai urusan kerja.

“Saya memang seorang yang ada masalah rabun dan saya lebih selesa mengenakan kanta lekap. Sudah lebih enam tahun saya menggunakan kanta lekap dan tak pernah alami masalah pun.

“Nak dijadikan cerita, hari kejadian, saya sedang memandu berseorangan. Saya mula rasa tak selesa pada mata sebelah kanan dan sambil-sambil memandu, saya cuba tengok dekat cermin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tiba-tiba saya perasan kanta lekap dah tak ada… kanta lekap itu yang jenis berwarna, jadi memang senang nak tahu kalau ia tak ada di anak mata.

“Tanpa berlengah, saya terus beri isyarat untuk berhenti di bahu jalan. Saya cuba cari-cari dan tenyeh-tenyeh sikit. Kemudian saya nampak kanta lekap tu sipi-sipi saja dan saya tak boleh nak ambil. Memang cemas sangat waktu tu,” cerita wanita berusia 26 tahun ini yang menetap di Kuala Lumpur.

alani 2

Alani merupakan pengasas produk kosmetik, Alaniskin.

Senang disapa sebagai Alani, wanita ini berkata dia menggagahkan diri untuk memandu ke sebuah h0spital kerajaan yang terletak tidak jauh dari lokasinya.

“Tapi ketika itu saya diminta untuk tunggu sebentar. Saya rasa saya tak boleh nak menunggu sebab mata panas dan ped1h. Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke klinik.

“Saya pergi klinik am biasa saja sebab nak cepat. Kebetulan pula waktu dah petang. Sampai saja di klinik, doktor periksa mata dan beritahu, kanta tu dah ke atas.

“Cuma doktor kata saya bernasib baik sebab kanta lekap tu tak terkoyak dan mata saya tak terkena j4ngkitan. Saya cuba bertenang dan letakkan kepercayaan kepada doktor.

“Alhamdulillah, akhirnya doktor berjaya keluarkan kanta lekap yang tersekat tu. Perasaan masa kanta dah dikeluarkan tu, lega sangat-sangat,” ujarnya yang juga pengasas produk kosmetik, Alaniskin.

Sejujurnya tak terlalu tr4uma, tapi tetap ada perasaan itu. Saya dah lebih enam tahun pakai. Selepas ini kena lebih berwaspada.

ALANI BAZLA

Bercerita lebih lanjut, Alani berkata ins1den tersebut merupakan kali pertama dialaminya sejak lebih enam tahun menggunakan kanta lekap.

“Ramai yang buat tanggapan macam-macam di ruangan komen apabila saya upload di TikTok. Saya tak ceritakan dengan lanjut pun, tapi mereka seolah-olah lebih tahu pula apa yang berlaku.

“Sebenarnya, ia terjadi bukan kerana saya tak jaga kebersihan, tertidur semasa pakai kanta lekap atau lain-lain sebab seperti yang did4kwa. Untuk pengetahuan, ketika itu mata saya berair. Bila berair, kanta mudah bergerak.

“Keduanya, saya baru pakai antara dua atau tiga jam. Dan saya pakai yang harian (daily). Saya dah lebih enam tahun pakai, jadi bab penjagaan, kebersihan (hygiene) memang benda asas yang saya tak lupa.

“Sejujurnya tak terlalu trauma, tapi tetap ada perasaan itu. Saya dah lebih enam tahun pakai. Selepas ini kena lebih berwaspada.

“Jadi jangan senang buat kesimpulan. Kita dengar dulu tuan badan punya cerita,” katanya sambil menambah, bengkak matanya sudah pulih sehari selepas kejadian.

alani 1

Mata Alani pvlih dalam tempoh sehari selepas bengk4k gara-gara ins1den berkenaan.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular sehingga meraih melebihi 1.5 juta jumlah tontonan, Alani berkata dia hanya sekadar mahu berkongsi pengalaman bersama pengikutnya.

“Saya bukan nak kongsi betapa ng3rinya ins1den yang saya lalui. Saya cuma nak kongsi pengalaman sendiri. Jangan gerun bila tengok video itu. K3s saya, sebab mata berair.

“Kanta lekap ini tak ada masalah kalau seseorang pandai jaga dan tahu basic. Apa yang penting, beli daripada outlet yang bertauliah, jaga kebersihan dan ikutlah langkah-langkah yang disarankan,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Wanita cem4s contact lens hilang dalam mata masa memandu, n4fi puncanya sebab tak jaga kebersihan – “Saya cuba cari, tenyeh-tenyeh sikit” – Viral | mStar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*