“Ni Semua Demi Masa Depan Mu Sayang,”- Sara Sefhia Makin Lancar Membaca & Mengira, Elly Mazlein Mahu Anak Terus Sukses

Bintang versatil, Elly Mazlein menyatakan rasa syukur apabila anak pertamanya, Putri Sara Sefhia kini sudah semakin lancar membaca dan mengira.

Sudah mencecah usia 6 tahun, Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi turut teruja kerana permata hatinya itu yang bakal memasuki alam persekolahan tahun hadapan.

Di samping itu, pelakon berusia 41 tahun ini berharap Sefhia terus meningkatkan lagi usaha dalam bidang akademik demi masa depan yang lebih baik.

“Alhamdulillah da 6 tahun Putri Sara Sefhia. InsyaAllah Next year da darjah 1. Cepat betul anak mama beso. Ok tahun ni manja da kena betul-betul siapkan diri untuk derajah 1.

“Tq Teacher’s @cic_malaysia @abedeen.academy mngajar semua anak-anak dengan baik. Alhamdulillah manja makin lancar mmbaca & mengira.

“Tahu ni kite usaha lebih lagi ya manja, ni smua demi masa depanmu sayang. InsyaAllah Papa, Mama, Atok akan cuba bg yg terbaik buat manja Love u manja #educationfirst,” tulisnya di akaun Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun berc3rai pada 2015 ketika hamil empat bulan.

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.

Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 3 bulan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Ni Semua Demi Masa Depan Mu Sayang,”- Sara Sefhia Makin Lancar Membaca & Mengira, Elly Mazlein Mahu Anak Terus Sukses"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*