“First time jumpa ‘si dia’..”- Wanita berkongsi detik pertempuan jodoh yang ‘dikenenkan’ oleh kawan ibunya

Bercerita mengenai pasangan kekasih yang ingin melangkah ke arah yang lebih serius, pastinya detik pertemuan dengan ibu bapa belah perempuan merupakan detik mendebarkan bagi pihak lelaki. Apatah lagi, jika pasangan itu baru pertama kali berjumpa dan tidak pernah bercinta sebelum ini.

Tidak dinafikan, zaman sekarang sudah tidak banyak pasangan muda bersetuju dengan jodoh pilihan keluarga, namun masih ada segelintir yang reda dengan pilihan ibu bapa kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik buat anak-anak.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita ini menerusi akaun TikTok Alia Izzati, di memuat naik video mengenai detik pertama berjumpa dengan ‘si dia’.

Pemuda itu dilihat datang berseorangan untuk bertemu dengan keluarga perempuan untuk memperkenalkan dirinya. Jelas Alia lagi, bagaimana mereka boleh berkenalan adalah dia ‘dikenenkan’ oleh kawan daripada emaknya sendiri.

Video:

@aliaizzati410

Tak pernah jumpa tetibaa eh🙊

♬ Polaroid Love – ENHYPEN

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet juga mengharapkan perkara yang sama dimana, terus jumpa jodoh dan terus berjumpa dengan keluarga.

Komen netizen:

Tidak dinafikan impian sesetengah wanita ingin bertemu jodoh dan terus berjumpa dengan keluarga agar dapat merasakan perhubungan lebih serius dan tidak membuang masa.

Sumber: TikTok Aliaizzati410

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinetronmalaya

Be the first to comment on "“First time jumpa ‘si dia’..”- Wanita berkongsi detik pertempuan jodoh yang ‘dikenenkan’ oleh kawan ibunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*