[VIDEO] Tukar gambar profil hitam selepas keputusan BAM, peminat lega lihat Lee Zii Jia ceria, ‘sporting’ seperti selalu

SUSULAN meninggalkan skuad kebangsaan, pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia menjadi tumpuan ramai.

Sementelahan apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan namanya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Januari 2022.

Beberapa jam selepas itu, Zii Jia dilihat menukar gambar profil akaun laman sosial Facebook rasminya kepada warna hitam.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Zii Jia. Bagaimanapun keputusannya menukar gambar profil sebegitu secara tidak langsung menggambarkan kekec3waannya dengan keputusan BAM.

Tidak sekadar itu, para peminat turut menyuarakan rasa tidak puas h4ti terhadap d3nda yang dikenakan.

Malah, difahamkan atlet badminton luar negara turut menyatakan solidariti kepada atlet kelahiran Kedah itu.

Antaranya yang mempertahankan Zi Jia adalah pemain perseorangan nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan pemain perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus.

Mungkin ramai  yang tertanya-tanya dan bimbang keadaan Zii Jia setelah berhadapan keputusan BAM yang disifatkan menyekat perkembangan kariernya.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial TikTok @zacharyyeoh, atlet 23 tahun itu dilihat ceria dan sporting melayani peminat.

Video:

@zacharyyeoh

Reply to @reenoss__ keep going mate, supporting you always 💯 🏸

♬ original sound – zacharyyeoh – zacharyyeoh

Difahamkan video berkenaan dimuat naik bagi membalas pertanyaan warganet yang mengatakan wajah Zachary yang mirip Zii Jia.

Video berdurasi lapan saat itu memaparkan Zii Jia melambai ke arah kamera dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Menerusi ruangan komen, para peminat menyatakan sokongan buat Zii Jia.

Komen netizen:

 

Untuk makluman, Lee Zii Jia yang mula menyertai pasukan badminton kebangsaan pada 2010 berada pada ‘ranking’ ketujuh dunia.

Bakat Zii Jia tidak perlu dipertikaikan lagi. Antara kejayaannya ialah merangkul pingat emas perseorangan lelaki pada Sukan Asia Tenggara 2019 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment on "[VIDEO] Tukar gambar profil hitam selepas keputusan BAM, peminat lega lihat Lee Zii Jia ceria, ‘sporting’ seperti selalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*