[VIDEO] Gelagat ‘Sweet’ Heliza Helmi Usap Janggut Suami, Tasbih Digital Di Jari Telunjuk Cvri Perhatian Netizen

Kalau sebelum ini selebriti Neelofa mengusap janggut PU Riz ketika majlis pernikahan mereka, kali ini gelagat romantik penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pula mencvri perhatian ramai orang.

Sweet belai janggut

Menerusi sebuah video di TikTok @hellokiutttt, Heliza dan Mahadi tampil sedondon memakai busana berwarna biru ketika majlis resepsi yang diadakan di Bizmilla Wedding Centre, Subang, pada Sabtu (22 Januari).

Apa yang menarik perhatian apabila Heliza dilihat mengusap janggut suaminya beberapa kali. Heliza yang dipelvk erat oleh suami sempat bergurau senda sambil melayan tetamu yang hadir.

Mahadi kelihatan ‘sporting’ dan tidak lekang senyuman di bibirnya melayan telatah isteri tercinta.

Selain itu, tasbih digital yang dipakai di jari telunjuk pelajar Akademi Fantasia musim kelima juga menjadi fokus wargamaya.

Video:

@hellokiutttt

Repost story from @najiha_hadie 🤍 SWEETTTT !! #helizahelmi #foryou #fyp #viral #tiktokmalaysia

♬ Aisyah Istri Rasulullah – Syakir Daulay

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Heliza dan Mahadi.

Malah, ada pengikut yang menjadikan perbuatan ini amalan dalam rumah tangganya. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, isteri diharuskan merebut peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut dia dari dagu sampai ke hujung.

Heliza atau nama sebenar­nya, Nur Heliza Helmi berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.

Komen netizen:

Sumber: TikTok @hellokiutttt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "[VIDEO] Gelagat ‘Sweet’ Heliza Helmi Usap Janggut Suami, Tasbih Digital Di Jari Telunjuk Cvri Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*