Ibu mengg1gil diminta ambil anak lahir pram4tang di h0spital selepas 81 hari terpisah… tenang ramai tanya tentang saiz, kvlit gelap

EPISOD dvka yang dilalui wanita ini ketika mengandungkan anak pertamanya pada tahun lalu cukup sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Menurut Desy Arnita Sari Abd Rahman, 26, dia melahirkan puteri sulungnya, Fateema Darweena secara pram4tang di h0spital Putrajaya pada tanggal 2 Ogos 2021, ketika kandungannya baru berusia 26 minggu.

“Sepanjang kehamilan, semuanya baik-baik saja. Pada 28 Julai 2021, saya terima d0s pertama v4ks1n C0vldl9. Dua ke tiga hari selepas itu, perut saya dah s4kit, saya mula alami contraction.

“Saya pergi ke klinik swasta, mereka kata bukaan dah dua sentimeter (cm). Terus saya ke h0spital. Jadi saya pun dimasukkan ke wad. Akhirnya, pada 2 Ogos jam 6.50 pagi, saya melahirkan anak perempuan.

“Anak saya dimasukkan ke Unit r4watan Rapi Neonatal (NICU) selama 81 hari. Sepanjang dia di NICU, saya hanya dapat tengok anak dalam tiga kali saja. Sepanjang tempoh itu, memang saya kerap men4ngis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Rasa lain sebab saya sendirian. Ibu-ibu yang lain dapat pulang dengan b4yi. Saya pula balik tanpa anak. Ketika berp4ntang memang teringatkan anak sepanjang masa,” ujarnya yang senang disapa Desy.

Menurut penasihat kewangan yang menetap di Bangi, Selangor itu, dia dan suami, Mohamad Nurfikri Amir Awang, 30, akhirnya menerima berita gembira apabila puteri sulung mereka dibenarkan discaj pada 23 Oktober tahun lalu.

desy2

Fateema Darweena kini berusia lima bulan.

Kata Desy, detik itu disifatkan sebagai kejvtan besar buatnya, sekali gus memberi peluang untuk dia merasai sendiri pengalaman bergelar ibu seperti wanita-wanita lain.

“Pada 23 Oktober, mereka hubungi saya dalam jam 12.30 hari, memaklumkan b4yi kami dapat discaj pada petangnya. Ketika itu tangan saya menggigil, rasa macam tak percaya. Saat yang ditunggu sudah tiba.

Dulu, anak saya pakai baju nampak macma jubah. Sekarang dah muat, makin semangat saya nak gayakan dia.

DESY

“Tapi selepas discaj, b4yi saya masih perlu melalui pemeriksaan susulan setiap minggu untuk memeriksa keadannya kesihatannya. Alhamdulillah, sehingga hari ini, doktor berpuas hati dengan tahap perkembangannya,” ujar Desy.

Menurut Desy yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2020, keadaan b4yinya yang kecil dan berkvlit agak gelap pada waktu itu turut dipersoalkan segelintir individu.

Namun katanya, dia tak pernah ambil hati, sebaliknya cuba menjawab segala pertanyaan dengan tenang dan positif.

desy4

Desy dan suami bersyukur dengan perkembangan semasa b4yi mereka.

“Selepas discaj, ramai yang tanya kenapa saiznya sangat kecil? Ada yang tanya kenapa kvlit gelap? Saya tak ambil hati, saya jelaskan bahawa anak saya lahir pram4tang.

“Mungkin ramai yang tak tahu. Dalam keluarga saya pun, ini merupakan kelahiran pram4tang yang pertama. Tapi Alhamdulillah, sekarang keadaan b4yi saya makin berubah, dia pun dah masuk umur lima bulan. Saya harap dia akan sihat sampai besar,” ujar Desy lagi.

Video perubahan ketara cahaya mata Desy yang kini kelihatan lebih berisi dan cerah turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga meraih ratusan ribu tontonan.

desy5

Fateema Darweena dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu.

Malah, ramai netizen yang tidak putus-putus menitipkan doa serta bertanya mengenai perkembangan semasa b4yi comel itu.

“Saya tak cukup tangan nak balas. Memang anak saya tak sama dengan anak orang lain yang dilahirkan cukup usia. Tapi saya nak berterima kasih atas sokongan semua. Saya memang memerlukan doa orang sekeliling.

“Sekarang makin seronok. Dulu, anak saya pakai baju nampak macam jubah. Sekarang dah muat, makin semangat saya nak gayakan dia setiap kali nak keluar. Memang teruja nak beli belah untuk anak saya,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ibu mengg1gil diminta ambil anak lahir pram4tang di h0spital selepas 81 hari terpisah… tenang ramai tanya tentang saiz, kvlit gelap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*