Berkat Isteri Tak Pernah Jemu Jaga Terlantar Dulu, Kini Suami Siap Pandai Masak

Di sebalik kejayaan seorang suami, bak kata orang ada seorang isteri yang tidak jemu memberi sokongan, dorongan dan juga kesetiaan. Walupun suaminya itu berjaya untuk berdiri di kaki sendiri setelah berlaku kemal4ngan yang membuatkan seseorang akan hilang semangat hidup.

Hati isteri yang mana tidak terkilan apabila suami yang disayangi dan dikasihi tidak mengenali dirinya beberapa ketika setelah kemalangan yang membabitkan dirinya pada tahun 2017. Kemal4ngan itu menyebabkan suaminya mendapat amnes1a iaitu tidak mengingati sesiapa selepas kemal4ngan.

Namun begitu berkat doa dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Siti Rohayu, suaminya kini iaitu Muhammmad Ridhwan Mohd Zaki boleh berinteraksi dengan normal dan juga boleh menjaga dirinya sendiri seperti memasak pelbagai lauk pauk dan juga mengemas rumah.

Menerusi perkongsiannya dalam sebuah video yang telah dimuatnaik di laman aplikasi Tik Tok yang memaparkan suaminya itu sedang menyiapkan ramuan untuk memasak di dapur. Walaupun tergolong dalam golongan kelainan upaya (0KU) tetapi suaminya itu belajar berdikari sendiri.

Video:

@sitirohayu303

Hebat seorang SUAMI walaupun OKU😥 Ajar semua benda, Bila umy tiada nanti boleh berdikari sendiri😭 #fyp #fypシ

♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut kagum dengan suaminya itu dan turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibina mereka berkekalan dan bahagia hendaknya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok sitirohayu303, sinarviral

Be the first to comment on "Berkat Isteri Tak Pernah Jemu Jaga Terlantar Dulu, Kini Suami Siap Pandai Masak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*