Ibu suruh jadi cikgu, ayah pula ada sebab setuju anak sulung terjvn ke dunia hiburan… paling tak sangka video cover gah sampai ke seberang

D4RAH seni bagaikan mengalir dalam diri.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai bakat nyanyian yang dimiliki Muhammad Amierul Aiman, 20, yang juga penuntut bidang Perguruan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Menurut remaja itu, bapanya Hazlyzam Abdul Hamid, 45, pernah menganggotai kumpulan nasyid Caliph suatu masa lalu, sekaligus memberi inspirasi kepadanya untuk berkecimpung dalam bidang sama.

“Saya suka menyanyi sejak kecil lagi. Dulu, saya selalu ikut ayah buat show. Memang hasrat ayah nak tengok saya jadi penyanyi. Ketika zaman sekolah, saya juga aktif sertai nasyid.

“Selain menyanyi, saya juga mula mempelajari cara bermain gitar ketika berusia 15 tahun. Pada masa sama, saya boleh main alat perkusi yang digunakan dalam persembahan nasyid.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dengan minat ini, saya juga dah cipta dua lagu sendiri dan pernah menyertai busking sebelum ini,” ujarnya yang menetap di Rembau, Negeri Sembilan.

Mesra disapa Mierul, anak sulung daripada lima beradik itu turut aktif berkongsi video cover nyanyian menerusi platform seperti TikTok, Instagram serta Twitter.

mierul2

Bapa Mierul (dua dari kiri) pernah menggotai kumpulan nasyid Caliph.

Selain genre nasyid yang sudah sebati dengannya, Mierul kini turut mempelopori genre popular lain demi mencari kepuasan dalam setiap lagu yang disampaikan.

Lebih menggembirakan, salah satu video nyanyian Mierul turut tular sehingga ke negara Indonesia pada tahun lalu, sekaligus membuka mata orang ramai terhadap bakat seni yang dimilikinya.

Saya selama ini belajar menyanyi sendiri, saya tak pernah jumpa guru vokal.

MIERUL

“Sejak 2019 saya aktif buat video nyanyian. Bermula dengan Twitter dan Instagram, kemudian saya juga kongsi video di aplikasi TikTok.

“Pada tahun lepas, video nyanyian saya viral sampai negara Indonesia. Saya rasa sangat bersyukur, niat saya menyanyi untuk hiburkan orang ramai,” ujarnya.

Menurut Mierul, dia tidak menolak rezeki untuk terjun ke dunia nyanyian biarpun ibunya Siti Aminah Mohamed, 45, lebih suka jika dia meneruskan kerjaya dalam bidang perguruan.

mierul4

Mierul merupakan pelajar bidang Perguruan.

“Andai kata ada rezeki dalam bidang perguruan, saya akan jadi cikgu. Mak nak tengok anak dia mengajar. Impian menyanyi pula lebih terarah kepada ayah.

“Kalau ada rezeki dalam kedua-dua bidang pun saya akan terima. Tak dapat jadi cikgu, jadi penyanyi pun saya bersyukur,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mierul turut menzahirkan rasa penghargaan buat semua individu yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap minatnya selama ini.

Biarpun tidak terlepas menerima komen negatif termasuklah yang mempertikaikan mutu suara serta paras rupanya, Mierul tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk terus menghiburkan orag ramai dengan bakat suaranya.

mierul1

Mierul bersama ahli keluarganya.

“Saya nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan, mak ayah, keluarga serta semua orang atas sokongan selama ini. Terima kasih kerana hargai bakat saya yang dikurniakan oleh Allah.

“Saya harap dengan suara ini, ia dapat menjadi sumber rezeki untuk saya. Kalau ada rezeki, InsyaAllah saya akan keluarkan lagu sendiri suatu hari nanti.

“Saya tak kisah dengan komen neg4tif yang dterima. Ada yang kata suara saya palsu, ada yang berkata-kata mengenai rupa paras… saya ambil semua itu sebagai pembakar semangat, saya tak akan berhenti.

“Nak kata suara saya sumbang, muka macam itu macam ini… saya tetap tak kisah, saya akan pandang pada mereka yang hargai saya. Jika ada komen teguran yang membina, saya akan ambil perhatian untuk perbaiki diri lagi.

“Saya selama ini belajar menyanyi sendiri, saya tak pernah jumpa guru vokal,” ujarnya mengakhiri bicara.

Untuk rekod, Mierul memiliki lebih 103,000 pengikut di aplikasi TikTok dan 15,700 pengikut di Instagram.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ibu suruh jadi cikgu, ayah pula ada sebab setuju anak sulung terjvn ke dunia hiburan… paling tak sangka video cover gah sampai ke seberang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*