Bukti Sahabat Sejati, Mila Jirin Hadiahkan Majlis Sanding Untuk Heliza & Suami – “Saya Segan Nak Terima Tapi Akhirnya Tewas”

Pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan berkonsepkan ‘Malam Islamik’ pada Sabtu.

Berlangsung meriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, majlis persandingan itu merupakan hadiah dari rakan baik Heliza, Mila Jirin.

Majlis itu juga meraikan simbolik 15 tahun persahabatan Heliza dan empunya empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre itu.

Bercerita lanjut, Heliza pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang berputik sejak menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).

“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.

“Siapa tak kenal dia memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.

“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya. Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B I Z M I L L A (@bizmilla_wedding_centre)

Pada majlis persandingan itu, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam dan putih.

“Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.

“Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya. Tapi saya meraikan cadangan itu,” katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.

Terdahulu Heliza mengejutkan ramai pihak sekali gus membuka tirai tahun 2022 pada 1 Januari lalu dengan melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan berstatus jutawan itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Bukti Sahabat Sejati, Mila Jirin Hadiahkan Majlis Sanding Untuk Heliza & Suami – “Saya Segan Nak Terima Tapi Akhirnya Tewas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*