[VIDEO] “Jah4nam Eh Korang Kenakan Aku,” – Pengantin Terhibur Rakan Beri Hadiah ‘Istimewa’

Sudah menjadi kebiasaan bagi tetamu yang menghadiri mana-mana majlis perkahwinan untuk memberi hadiah kepada pasangan pengantin. Lebih-lebih lagi yang berkahwin itu merupakan ahli keluarga sendiri mahupun rakan baik.

Terhibur rakan-rakan bagi hadiah ‘istimewa’

Tapi apa yang melucukan, seperti satu video dikongsikan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Alif Naim di laman TikTok yang mendapat hadiah ‘istimewa’ daripada rakan-rakannya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan terhibur apabila melihat dua orang rakannya menyarungkan rantai besi yang berkunci kepada dia dan memberikan kunci rantai tersebut kepada isterinya ketika di atas pelamin.

Lebih terhibur lagi apabila rakan-rakannya yang lain turut memberikan hadiah seperti mop, tong sampah, penyapu dan juga penyodok.

Video:

@al1fna1m

Kalau bukan kerana sahabat2 sape lagi nak meriahkan suasana majlis kita kan apa2 pun jin jahanam korang ek kenakan aku🤣🤣#fyp #fypp #viral #pengatin

♬ original sound – nightmonyet – danny phantom

Tidak berakhir disitu, ketika sesi penyerahan hadiah ‘istimewa’ itu, rata-rata mereka turut terhibur dan tergelak sesama sendiri. Bahkan pengantin perempuan yang berada di situ turut tergelak apabila melihat hadiah-hadiah tersebut.

Kalau bukan kerana sahabat siapa lagi nak meriahkan suasana majlis kita kan. Apa-apa jah4nam eh korang kenakan aku.

Video berdurasi 52 saat itu meraih lebih tiga juta tontonan dan mendapat lebih 299 ribu tanda suka di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan rakan-rakan pengantin lelaki yang memberi hadiah ‘istimewa’ itu. Malah ada juga di antaran mereka yang mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke syurga.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "[VIDEO] “Jah4nam Eh Korang Kenakan Aku,” – Pengantin Terhibur Rakan Beri Hadiah ‘Istimewa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*