[VIDEO] Majlis resepsi Heliza Helmi bertemakan Bollywood raih pujian netizen

Memasuki tahun baharu 2022, penyanyi Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 1 Januari lalu.

Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Baru-baru ini, telah berlangsung majlis resepsi belah keluarga suaminya dengan bertemakan Bollywood. Difahamkan berlangsung di sebuah hotel di Pulau Pinang, pasangan pengantin baharu tersebut diraikan dengan dengan busana serba mewah yang cuku menawan.

Pasangan ini rata-rata mendapat pujian netizen kerana penampilan mereka yang sopan.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian majlis resepsi ini di Instagram rasmi Heliza Helmi telah mendapat 113k tontonan, 13k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji penampilan Heliza dan suaminya.

Untuk makluman, Mahadi adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Dia juga pernah viral pada 2017 selepas kereta mewah jenis Jaguar miliknya dihiasi 4,600 buah kereta mainan ‘Hot Wheel’.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Instagram nurhelizahelmi

Be the first to comment on "[VIDEO] Majlis resepsi Heliza Helmi bertemakan Bollywood raih pujian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*