Langkah Berani, Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri – “Kalau Arw4h Masih Ada, Mesti Mama Akan Happy”

Pengacara dan penyampai radio, Radin Era menzahirkan rasa syukur kerana kini telah membuka klinik kesihatannya sendiri.

Menurut Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, sekiranya arw4h ibunya masih lagi ada, perkara itu sudah tentu dapat menggembirakan hatinya.

Katanya lagi, tujuannya membuka cawangan klinik tersebut adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka yang memerlukan selain mahu melebarkan sayapnya ke dunia bisnes dan keusahawanan dengan lebih serius.

“Kalau arw4h masih ada, mesti Mama akan happy. Alhamdulillah rezeki untuk saya bagi 2022 dimana diberikan peluang serta ruang oleh @kumpulan_megaklinik_zahran untuk membuka klinik sendiri bersama OYB Dr. Syaiful. MEGAKLINIK ZAHRAN Cawangan Bandar Bukit Raja.

“Satu langkah besar dan berani buat saya dengan pembukaan klinik ini demi membantu insan-insan yang memerlukan serta satu pengalaman yang berharga buat saya sebagai motivasi dalam menjadikan diri sebagai seorang usahawan,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyampai Era FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RAA (@radin_era)

Radin turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah memberikannya dorongan dan tunjuk ajar.

“Jutaan terima kasih buat Dato @nafidzrazak Datin @kai_kaklong @muazmahmudm serta @kumpulan_megaklinik_zahran khususnya atas peluang dan didikan ini dalam membantu ekonomi negara.

“Mohon berikan bantu dan ilmu perniagaan kepada saya yang baru ingin bertapak dalam bidang korporat. Nanti jemput datang ke klinik saya, MEGAKLINIK ZAHRAN BANDAR BUKIT RAJA,” kongsinya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Radin akan terus sukses lagi selepas ini.

Sebelum ini, Radin telah mula menceburkan diri di dalam dunia bisnes selepas membuka sebuah cawangan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kurier.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "Langkah Berani, Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri – “Kalau Arw4h Masih Ada, Mesti Mama Akan Happy”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*