Ibu menang pertandingan selepas kreatif tanam bunga dalam peti sejuk buruk, anak syak sesuatu mesin basuh pula tiba-tiba ros4k

TAK ada pasu? Itu bukanlah satu mas4lah besar bagi seorang wanita yang memilih untuk menanam pokok keladi kesayangannya di dalam sebuah mesin basuh.

Bukan itu sahaja, wanita kreatif ini, Faridah Wahab, 57, turut menjadikan peti sejuk pemberian arw4h suaminya sebagai tempat letak bunga.

Berkongsi hasil kerja ibunya di laman sosial media, Nia Syaqiera Sabri, 28 berkata, Faridah mula bercvcuk tanam sejak tahun 2019.

Namun, katanya, ibunya itu mula mengambil pendekatan yang lebih kreatif apabila menyertai pertandingan laman terindah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Syarat pertandingan antara kampung tu adalah kena jadi kreatif, maka dari situ Nia dan mama terfikir nak guna peti sejuk yang lama,” katanya yang menetap di Pulai Chondong, Machang, Kelantan.

Walaupun sudah ros4k, peti tersebut, kata Nia mempunyai nilainya yang tersendiri buat ibunya.

“Peti sejuk tu dah lama sangat, arw4h abah belikan untuk mama jadi mama tak sampai hati nak jual pada lori besi buruk yang selalu minta nak beli, mama simpan je walaupun dah ros4k.

“Sebelum ni terbengkalai je di sebelah rumah, kemudian kami ambil dan jadikan tempat simpan bunga.

“Mungkin asbab peti ni juga mama dapat nombor satu dalam pertandingan tu,” katanya.

Faridah menang tempat pertama dalam satu pertandingan laman paling kreatif yang disertainya.

Mengakui bahawa dia menyertai pertandingan itu untuk suka-suka, Nia bagaimanapun mended4hkan bahawa ibunya itu tetap tak senang duduk selagi keputusan belum keluar.

“Pertandingan tu menang dapat duit je, tak pasti berapa tapi Nia ada cakap dekat dia sebelum join hari tu… mama kalau nak duit mama beritahu la, tapi dia jawab ma nak suka-suka je, tak menang tak apa.

“Tapi agak tak boleh tidur juga dia asyik fikir menang ke tak,” seloroh Nia yang merupakan pengasas jenama Roh1na.

Faridah mula menanam sejak tahun 2019.

Tidak cukup dengan peti, Faridah turut menggunakan mesin basuh mereka yang rosak sebagai pasu bunga.

“Mesin basuh tu ros4k bulan lepas, mama mengadu cakap keluar asap dari mesin basuh.

“Bila Nia balik rumah tengok dia letak pokok, Nia usik mama, ke mama yang rosakkan mesin basuh ni sebenarnya, sebab nak letak pokok?

“Ibu jawab, mung (kamu) ni, bukan la!” cerita Nia.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ibu menang pertandingan selepas kreatif tanam bunga dalam peti sejuk buruk, anak syak sesuatu mesin basuh pula tiba-tiba ros4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*