Mawar Karim Terkejvt Maryam Cakap ‘Sad’ Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi Sengaja Cari Pasal

Usahawan Mawar Karim ditvduh tak ‘move on’ selepas mend4kwa anak perempuanya, Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama aktor Fizo Omar dan ibu tirinya, Fazeera Nazri, baru-baru ini.

Bab anak memang tak ‘move on’

Menerusi Instagram Stories, Mawar berkongsi tangkapan skrin (screenshot) seorang yang netizen yang mengatakan Mawar tak pernah berkongsi gambar dengan Maryam di media sosial.

Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?

Tidak mendiamkan diri, Mawar menjawab spekvlasi itu dengan memberi penjelasan panjang lebar. Tegas Mawar, Maryam memang tinggal bersamanya dan hanya bertemu dengan Fizo dua minggu sekali.

Ujarnya lagi, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gus4r ada pihak yang ir1 hati.

Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap 5 minit buat live letak Maryam, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam. Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.

Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad.

Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam.

Maryam mer4juk sikit

Tambah Mawar, dia menerima foto Maryam seorang diri itu daripada seorang individu namun tidak dided4hkan identiti. Katanya, dia memandang ser1us dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.

Satu lagi ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, mummy Maryam mer4juk sikit.

Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui, perkara apa yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh.

Menerusi hantaran berbeza, Mawar memuat naik video Maryam yang memaparkan dia menyebut perkataan ‘trouble’ dan ‘sad’ ketika ditanya kenapa dia bersendirian di sana.

Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad.

Terdahulu, Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun berc3rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Mawar Karim Terkejvt Maryam Cakap ‘Sad’ Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi Sengaja Cari Pasal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*