“Modal Ikhlas RM50, Allah Bagi Berlipat Ganda Rezeki” – Abang Viva Dapat Hadiah Kenderaan 4X4, Sampai Mak Ayah Pun…

Rezeki tidak pernah putus! Itu yang terjadi kepada Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ apabila terus menerima hadiah serta kejvtan daripada orang ramai.

Jika sebelum ini Azwan menerima sebuah motosikal Yamaha XJ6S, terbaru dia dihadiahkan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Difahamkan, hadiah tersebut diberi oleh seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan yang juga dikenali oleh netizen sebagai Sha Hasan.

Perkara itu didedahkan sendiri menerusi satu posting di Instagram Sha, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, selesai juga akhirnya. Jangan risau awak semua, saya ada ni tak lari mana pun.

“Bila dah janji insyaAllah saya akan tepati.

“Kalau ikutkan 2-3 bulan kena que tapi rezeki abang Viva berjaya jugak keluarkan dalam masa terdekat. Haza rahmatun min rabbi,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian, Azwan kelihatan sungguh terh4ru dengan kejvtan berkenaan.

Malah, kedua ibu bapa Azwan juga dilihat turut mengalirkan air m4ta, memanjatkan kesyukuran dengan pemberian kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Menerusi ruang komen pula, kebanyakan netizen gembira dengan inisiatif tersebut dan menyifatkan kenderaan lasak itu memudahkan lagi Azwan meneruskan usaha membantu m4ngsa banjir, kelak.

Terdahulu, Azwan menjadi tular di seluruh negara selepas hanya menggunakan kereta jenis Viva dan sebuah bot yang diikat di atas keretanya dari Melaka ke Shah Alam, Selangor berbekal RM50 untuk menyelamatkan m4ngsa banjir, bulan lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Modal Ikhlas RM50, Allah Bagi Berlipat Ganda Rezeki” – Abang Viva Dapat Hadiah Kenderaan 4X4, Sampai Mak Ayah Pun…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*