“Gelap Pun Mamu Sayang” – Netizen ‘Us1k’ Sharnaaz Yang Bimbangkan Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas

Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar duda. Sejak berpisah dengan bekas isteri, usahawan Noor Nabila Mohd Noor dua tahun lalu, kehidupan dramatis itu kelihatan normal, sama seperti anak seni lain.

Sungguhpun sibuk dengan karier sebagai pelakon dan juga Youtuber, Sharnaaz masih kerap dilihat menghabiskan masa dengan anaknya, Jebat Jayden yang kini sudah pun berusia empat tahun.

Walaupun rutin hariannya berjalan seperti biasa, namun, Sharnaaz tetap tidak terlepas dengan g0sip cinta. Sejak awal tahun lalu, Sharnaaz dikatakan sedang menjalani hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Namun, baik Azira mahupun Sharnaaz, masing-masing tidak mengaku tentang gosip yang bertebaran itu.

Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Kata Sharnaaz lagi, yang terbaik itu bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk Jebat dan masa depan anaknya.

Bagaimanapun, us1kan nakal netizen tidak pernah berhenti. Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Azira memuat naik gambarnya yang sedang berada di tepi pantai. Pada ruangan kapsyen Azira berkata: “Bawak diri jap” tulisnya ringkas.

Menariknya, pada ruangan komen, Sharnaaz meninggalkan resposn: “Panas tu cik kak, gelap satgi,” ungkapnya.

Pada ruangan balasan, netizen turut sama mengusik Sharnaaz dengan respons-respons yang agak melucukan.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berc3rai pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Gelap Pun Mamu Sayang” – Netizen ‘Us1k’ Sharnaaz Yang Bimbangkan Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*