[VIDEO] Comelnya Ayden Betulkan Nyanyian Aliff Aziz, Siap Bacakan Doa…

Anak sulung kepada pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah iaitu Ayden Adrean mencvri tumpuan ramai apabila menonjolkan skil nyanyiannya.

Menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram bersama Aliff malam semalam, Ayden secara bersahaja menyanyikan lagu Rapuh (Kumpulan Nastia).

Malah, Ayden dilihat turut memperbetulkan cara nyanyian Aliff Aziz yang sebelum ini membawakan lagu tersebut di konsert Gegar Vaganza lapan (GV8), Ahad lalu.

“Terasa Indahhhh, ha macam tu. Ayden dapat markah tiga, ada tiga bintang.

“Terima kasih dengar Ayden menyanyi, doakan daddy sebab Ayden nak sekolah,” katanya kanak-kanak comel tersebut.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Dalam pada itu, menerusi live berkenaan, Aliff turut meminta Ayden membacakan doa untuk persembahannya dalam konsert GV8 nanti.

Namun, apa yang melucukan Ayden dengan yakinnya membacakan doa makan.

“Tu untuk daddy GV ke untuk doa makan sayang,” usik Aliff.

Sekadar info, Bella dan Aliff telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5 dan Ara Adreanna, 1.

Untuk rekod, pada konsert kelapan Ahad lalu, Aliff Aziz yang membawakan lagu Rapuh berada di tempat kedua dengan markah sebanyak 76.8%.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "[VIDEO] Comelnya Ayden Betulkan Nyanyian Aliff Aziz, Siap Bacakan Doa…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*