Seb4knya lihat erat kasih sayang, hari kepulangan datuk kejar hingga simpang, cucu men4ngis enggan berpisah

LIMPAHAN kasih sayang daripada datuk dan nenek buat cucu berbeza, malah layanannya lebih istimewa.

Sudah menjadi lumrah di dalam masyarakat kita, insan bergelar datuk atau nenek menyayangi cucu. Malah adakalanya melebihi anak sendiri.

Seperti yang dipaparkan di dalam video yang tular di mana kanak-kanak lelaki yang bernama Awin menzahirkan kasih sayang mendalam kepada datuknya.

Difahamkan kanak-kanak itu dan keluarganya pulang ke kampung bercuti dengan datuknya di Kuala Pilah selama sebulan lebih.

Sementelah, mereka berdua memendam r1ndu kerana tidak bertemu selama dua tahun susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyekat aktiviti merentas negeri.

Video:

@emothuzaimah

InsyaAllah ada rezeki kami balik Pilah lagi.. #kualapilah #kampungkepis #baliksarawak #fyp

♬ original sound – Rosalinda Nelly – maimunah🐯

Menjelang hari kepulangan, kanak-kanak itu men4ngis h1ba kerana perlu berpisah dengan datuknya yang tersayang.

Linangan air m4ta dan dan perasaan h1ba dilihat pada wajah kanak-kanak itu yang melambai datuknya. Paling menyed1hkan apabila datuknya juga dilihat mengekori kenderaan anak cucu selepas meninggalkan rumah.

“Hari ini balik Sarawak selepas sebulan lebih tinggal dengan Atuk di Kuala Pilah setelah dua tahun tidak balik kerana PKP.

“Atok kejar Awin sampai ke simpang jalan,” titip pemilik akaun TikTok, @emothuzaimah.

Warga maya turut tersentuh menyaksikan paparan video berkenaan. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 241.6k tontonan, 24.8k likes dan pelbagai komen dari netizen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment on "Seb4knya lihat erat kasih sayang, hari kepulangan datuk kejar hingga simpang, cucu men4ngis enggan berpisah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*