“Buyot 70 Peratus Persis Arw4h Abam” – Fad Bocey

Sebelum ini, tular video seorang lelaki yang wajah dan fizikalnya mirip dengan arwah Abam sedang bekerja di sebuah restoran di Melaka.
 
Pemuda berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Buyot itu kemudian dijemput stesen radio Hot FM untuk dipertemukan dengan Fad Bocey.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Menerusi video dimuat naik di Facebook rasmi Hot FM, Fad kelihatan tergamam dan menahan t4ngis. Fad juga menundukkan kepala ketika Buyot mengungkapkan tagline arw4h Abam iaitu ‘kita baik ramai sayang’.
 
Menurut Fad, apabila dilihat dari ekor mata, Buyot sama seperti arw4h. Malahan, cara pemuda itu merenung seseorang ketika sedang berbual juga serupa dengan rakan karibnya itu.
 
“Arw4h Abam pada awal kemunculan memang macam Buyot. Rambut sama. Arw4h Abam masa itu pun belum ada jambang lagi. Memang sebiji macam Buyot. Tapi, comel Buyot ada tarikan tersendiri begitu juga dengan arw4h.
 
“Kita boleh jumpa individu persis dengan arw4h Abam tapi personaliti dan sikap itu pasti ada perbezaan. Tetapi, setidak-tidaknya terubat sikit rasa r1ndu,” kata Fad.

Keakraban persahabatan Fad dan arwah Abam kali pertama dapat dilihat ketika mereka menyertai pertandingan Bintang Mencari Bintang. Dikenali sebagai kumpulan Bocik, dalam pertandingan itu jugalah mereka berkenalan dengan Achey yang turut sama bertanding sebagai pelawak solo.
 
Mereka bertiga kemudian bergabung dan dikenali sebagai kumpulan Bocey. Penyertaan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega membuka peluang dan rezeki lebih banyak dalam industi seni tanah air. Sama-sama membina kerjaya sejak 2013, Fad bagaimanapun akur Bocey hanya tinggal berdua selepas kematian Abam pada tahun 2020.
 
“Rasa r1ndu saya dan Achey pada arw4h Abam tidak akan terubat sampai bila-bila. Tapi, bila tengok Buyot rasa macam dia ada di sini. Kalau Achey ada di sini, mesti dia pun akan merasai perkara sama. Kami rindu untuk duduk bertiga lagi,” katanya.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Selain wajah dan fizikal Buyot yang seiras dengan arw4h Abam, warga maya turut mengatakan suaranya juga kedengaran sama dengan pelawak berkenaan.
 
Komen netizen:
 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: cari

Be the first to comment on "“Buyot 70 Peratus Persis Arw4h Abam” – Fad Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*