“Dari planet mana ni?” – Guru ada bakat luar biasa, lukis 4 potret serentak guna semua tangan, kaki

MAGIK! Begitulah reaksi mereka yang menyaksikan bakat luar biasa seorang lelaki yang melukis empat potret menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya.

Empat potret memaparkan wajah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, penghibur Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi, masing-masing dilukis dengan pen menggunakan tangan dan kaki kanan serta kiri.

“Serius… abang tengah buat magik ke? Saya nak lukis kucing pun tak nampak rupa kucing.”

“Abang dari planet mana? Saya lukis orang lidi guna tangan kanan pun tak jadi,” demikian antara komen netizen yang kagum dengan kebolehan lelaki itu.

Siapa sangka anugerah melukis potret dengan hasil cukup teliti dan kemas menggunakan kedua-dua tangan dan kaki itu dimiliki seorang guru sekolah menengah.

Bercakap kepada mStar, guru berkenaan, Mohd Saiful Baharom Shah berkata, dia minat melukis sejak kecil dan menjadikannya sebagai hobi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Disebabkan minat juga, lelaki berusia 39 tahun itu mula menghasilkan pelbagai karya seni dengan cara unik dan kreatif sejak membuka akaun TikTok pada Januari 2021.

“Saya bukan pelukis, tapi minat melukis sejak kecil. Saya melukis secara serius pada awal Januari 2021. Di awal posting, saya banyak melukis karikatur tapi views tak banyak.

“Kalau buat content menarik, views akan lebih banyak. Jadi, saya cari kelainan seni supaya orang tengok dan menyukai karya saya,” katanya ketika dihubungi.

lukis guna tangan kaki 4

Potret empat figura terkenal yang dilukis serentak.

Pelbagai kaedah unik yang dilakukan anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini dalam menghasilkan karyanya seperti melukis menggunakan mulut, melukis sambil memejam mata dan melukis menggunakan beberapa chopstick atau penyepit yang kemudian digabungkan sehingga terhasil lukisan dari pelbagai sudut.

Lebih dikenali sebagai Saiful Thaqif, guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin di Manong, Perak itu berkata, dia sebelum ini pernah melukis potret menggunakan kedua-dua tangan mahupun kaki secara berasingan.

Namun, guru yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 15 tahun itu buat pertama kalinya melukis menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya dalam satu sesi.

lukis guna tangan kaki 3

Saiful Thaqif minat melukis sejak kecil.

“Saya melukis keempat-empat potret secara berurutan dan bergilir. Maksudnya, saya lukis bahagian demi bahagian untuk keempat-empatnya sehingga menjadi potret lengkap.

“Tiada masalah untuk melukis menggunakan tangan kanan dan kiri. Cab4ran adalah melukis menggunakan kaki disebabkan cengkaman pen pada kaki boleh membuatkannya tergelincir.

“Jika tersilap langkah, lukisan tak menjadi. Maka saya perlu melakukannya dengan penuh teliti, satu persatu dan berhati-hati,” tambah Saiful Thaqif.

Teknik lukisan ini paling menc4bar, dan memerlukan kesabaran yang begitu tinggi dalam menghasilkannya

SAIFUL THAQIF

Menurut bapa kepada enam anak itu, dia mengambil masa kira-kira empat jam untuk melukis empat potret tersebut berpandukan foto-foto figura terkenal berkenaan sebagai rujukan.

“Teknik lukisan ini paling menc4bar, dan memerlukan kesabaran yang begitu tinggi dalam menghasilkannya,” katanya yang turut mengusahakan bisnes mencetak baju secara kecil-kecilan.

lukis guna tangan kaki 5

Antara karya yang dihasilkan Saiful Thaqif.

Dalam pada itu, Saiful Thaqif yang mempunyai lebih 26,000 pengikut di TikTok @saiful_thaqif berkata, dia akan terus mencabar dirinya dalam menghasilkan karya-karya seni menggunakan kaedah dan kreativiti unik dan pelik pada masa akan datang.

“Selain menilai cadangan dan permintaan followers, saya juga menyukai cab4ran. Saya merancang untuk melukis empat potret menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki secara bersilang… maksudnya tangan kanan saya melukis potret di sebelah kiri dan sebaliknya, dan kaedah sama untuk melukis menggunakan kedua-dua kaki,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Dari planet mana ni?” – Guru ada bakat luar biasa, lukis 4 potret serentak guna semua tangan, kaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*