Bekas pramugara disamakan dengan S4jat, ramai ‘confuse’ pandang banyak kali – “Tak apa, dia pun cantik orangnya”

SAMA tapi tak serupa.

Begitulah gambaran mengenai bekas pramugara ini yang dikatakan memiliki wajah iras usahawan kosmetik, Nur S4jat.

Menurut Jerry Nelson John, 31, dari Sabah, tegvran mengenai persamaan itu makin menjadi-jadi selepas dia menyimpan rambut panjang, sejak tahun lalu.

“Dulu ada kawan yang tegvr, mereka kata wajah saya macam S4jat. Kemudian bila saya dah tak bekerja sebagai pramugara, saya mula simpan rambut panjang. Makin ramai orang samakan wajah kami.

“Sudah banyak kali berlaku, bila pergi ke kedai makan, pelayan kedai pun tegvr benda sama. Bila panggil untuk ambil order, mereka sapa saya dengan gelaran kakak. Dua tiga kali dia pandang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tegvran mengenai persamaan wajah saya dan S4jat makin menjadi-jadi selepas simpan rambut. Kebetulan saya warnakan dengan warna perang. Lebih kurang sama dengan rambut S4jat.

“Tapi saya jenis yang positif. Saya tak ambil hati dengan benda macam tu. Kita pun tahu S4jat cantik orangnya,” ujar jejaka etnik Kadazan itu.

jerry3

Jerry sebelum ini bekerja sebagai pramugara.

Baru-baru ini, dia yang senang disapa Jerry turut menghasilkan video miming menggunakan suara S4jat sehingga tular di aplikasi TikTok.

Malah, ramai netizen turut membanjiri posting itu dengan komen yang memperkatakan hal sama.

Disebabkan Malaysia dilanda p4ndem1k, banyak syarikat mengurangkan pekerja. Saya juga turut terkesan.

JERRY

“Macam-macam komen yang saya terima. Ada yang kata seiras S4jat, ada yang kata hanya 50 peratus macam S4jat. Tapi Alhamdulillah setakat ini, belum ada komen neg4tif atau benda-benda yang meny4kitkan hati.

“Kalau ada sekali pun, saya tak akan hiraukan. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Jenis saya, saya tak ambil kisah. Orang bukan tahu apa yang kita rasa. Bukan mereka bayar bil kita,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Jerry merupakan salah seorang pramugara yang terkesan dengan p4ndem1k C0vldl9..

Berkhidmat lapan tahun di awan biru, kerjaya Jerry bagaimanapun berakhir pada Oktober 2020, sekali gus mem4ksa dia mencari alternatif lain dalam menyara kehidupan.

jerry2

Video Jerry di TikTok yang meraih perhatian ramai.

“Disebabkan Malaysia dilanda p4ndem1k, banyak syarikat mengurangkan pekerja. Saya juga turut terkesan. Awal tu bila tahu diberhentikan, saya memang sed1h. Kemudian saya ambil masa dalam sebulan untuk berehat.

“Selepas itu saya mula jual laksa Sarawak. Saya buat secara try and error saja. Bila kawan kata boleh ‘jalan’ terus saya jual kepada orang ramai.

“Setiap kali buat laksa, mesti sold out. Namun p4ndem1k makin tervk, kilang yang buat pes laksa Sarawak tu tak dapat proses untuk saya. Sangkut di situ, tapi sampai sekarang, pelanggan masih mesej dan cari laksa jualan saya,” ujarnya.

Enggan berputus asa, Jerry kemudiannya tampil dengan produk makanan tambahan pula sejak pertengahan Oktober 2021 demi mencari rezeki buat keluarganya.

@adek_jambu

Hye sis @sajat.issa… nak kerja kat australia boleh tak? #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia #sajat #viral

♬ original sound – HIBATULHAKIMI – HIBATULHAKIMI

“Produk ini masih baharu. Tiada siapa yang kenal. Saya buat produk suplemen. Mujurlah ketika jadi pramugara pun, kita memang ada aktiviti menjual dalam pesawat.

“Jadi, saya gunakan kemahiran itu dalam bisnes yang saya lakukan sekarang. Cuma suasananya berbeza. Dulu kita berhadapan dengan penumpang, sekarang banyak komunikasi dalam telefon dengan pelanggan.

“Kalau ada rezeki, saya nak luaskan lagi bisnes ini sehingga ke Brunei dan Indonesia. Tapi ia terlalu besar untuk saya capai setakat ini.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang ada. Cukup untuk bantu mak ayah yang tak bekerja di Sabah,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Bekas pramugara disamakan dengan S4jat, ramai ‘confuse’ pandang banyak kali – “Tak apa, dia pun cantik orangnya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*