Video lama ‘viral’, ramai baru tahu Rani Kulup pernah beraksi di pentas AJL 2009

Rani Kulup bukanlah satu nama asing lagi buat rakyat Malaysia. Figura yang sinonim dengan panggilan ayahanda ini akan bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang kesalahan atau ketidakadilan berlaku.

Turut digelar ‘Raja Report Negara’, Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani bin Kulup Abdullah juga popular dengan tagline Kipidap Dongibab yang pernah menjadi satu fenomena pada suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini, nama Rani Kulup hangat diperkatakan apabila satu perkongsian video di laman TikTok oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @saikofad telah berjaya mencvri perhatian ramai.

“Final AJL 2009. Masa ni orang tak perasan siapa pemain drum yang iringi persembahan Dato’ Jeffry Din,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video:

@saikofad

Final AJL 2009. Masa ni orang tak perasan siapa pemain drum yang iringi persembahan Dato’ Jeffry Din. #kipidap #ayahranikolup #kugiran

♬ original sound – Fad Gold.Hunter – Fad Gold.Hunter

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 389.9k tontonan, 17.7k likes dan pelbagai komen dari netzen yang rata-rata baru tahu bahawa Rani Kulup pernah berkasi di pentas AJL suatu ketika dahulu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok

Be the first to comment on "Video lama ‘viral’, ramai baru tahu Rani Kulup pernah beraksi di pentas AJL 2009"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*