Adik terkenang kebaikan kakak… sanggup datang dari jauh, rela tiada gaji 8 hari demi bantu hadapi tr4uma pasca banjir

TAMAN Sri Muda di Shah Alam, Selangor merupakan antara kawasan yang terj3jas tervk akibat banjir, akhir tahun lalu.

Di sebalik benc4na banjir yang melanda kawasan kejiranan itu yang kini sudah surut dan keadaan semakin pvlih, tersirat satu hubungan akrab dua beradik.

Seorang adik sanggup mengembara sejauh lebih 300 kilometer dan berk0rban masa serta tenaga demi membantu kakaknya yang merupakan m4ngsa banjir di Taman Sri Muda.

Berkongsi pengalaman, Azaki Firdaus Sahari memberitahu, dia memandu kereta bersama isteri dan anak-anak dari Johor Bahru, Johor ke rumah kakaknya di Shah Alam, Selangor sebaik banjir surut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Pemuda berusia 36 tahun itu berkata, selain rumah dimasuki air, kesemua lima unit kedai pakaian terpakai (bundle) milik kakaknya bersama suami turut ditenggelami banjir.

“Dari Johor Bahru, saya ke Shah Alam untuk jumpa kakak sebab nak tolong cuci rumah dia, dan kemas apa yang patut di kedai sebaik banjir surut.

“Lapan hari saya di Shah Alam sejak akhir Disember lalu hingga awal bulan ini, kebanyakan masa membantu kakak dan keluarganya menghadapi pasca banjir,” katanya kepada mStar.

adik tolong kakak banjir 9

Keadaan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Lebih mesra disapa Azaki, katanya, dia begitu rapat dengan kakaknya yang merupakan seorang guru berusia 40 tahun dan mesra dengan panggilan Kak Cik.

“Banjir di rumah paras kepala. Kakak berada di kampung ketika banjir sebab adik buat majlis pertunangan. Kakak terk4ndas di kampung, tapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu.

“Kakak tr4uma dengan apa yang berlaku. Sebenarnya kakak tak nak saya datang bantu, dia tak mahu menyusahkan adik-beradik,” ujarnya yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan.

adik tolong kakak banjir 11

Beramai-ramai mengemas dan membersihkan rumah.

Namun anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu terdetik hati untuk menawarkan bantuan kerana hubungan rapat mereka sejak tamat persekolahan.

“Saya banyak berhutang budi dengan kakak. Dia seorang yang tak berkira dengan adik beradik.

“Dia banyak tolong saya, terutama dari segi kewangan. Inilah masa terbaik untuk saya membantu kakak dalam kesusahan,” ujar Azaki.

adik tolong kakak banjir 13

Keadaan kedai bundle selepas banjir surut.

Menurut bapa kepada dua anak itu, menyaksikan sendiri kesan benc4na banjir di kawasan perumahan kakaknya ternyata menyentuh em0sinya.

“Saya sendiri rasa sed1h dan kasihan kepada penduduk terj3jas terutama kakak. Bukan setakat banyak barang dan perabot di rumah kakak ros4k, baju bundle pun banyak kotor.

Saya tolong kakak dengan cara sehabis mampu. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Bila-bila boleh kerja, tapi kasih sayang seorang kakak sukar dicari

AZAKI FIRDAUS SAHARI

“Ada yang tak boleh diselamatkan kerana berlumpur. Bagi yang elok disedekahkan selepas dicuci dan dijual pada harga lebih murah,” tambahnya.

Azaki berkata, sumber pendapatan yang tidak menentu sebagai pekerja kontrak membaiki rumah sejak p4ndem1k C0vldl9 menyukarkannya untuk membantu dari segi kewangan.

adik tolong kakak banjir 12

Azaki (kanan) bersama keluarga.

“Kerja saya tak menentu. Lapan hari saya di Shah Alam, tak ada kerja dan tak ada gaji. Saya bukan hidup senang, tapi saya percaya dengan kudrat yang dikurniakan Allah.

“Banyak cara untuk bantu m4ngsa banjir. Jika bukan bantuan dari segi tenaga dan kewangan, kita boleh bantu beri semangat dan sokongan moral kepada mereka.

“Saya tolong kakak dengan cara sehabis mampu. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Bila-bila boleh kerja, tapi kasih sayang seorang kakak sukar dicari,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Adik terkenang kebaikan kakak… sanggup datang dari jauh, rela tiada gaji 8 hari demi bantu hadapi tr4uma pasca banjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*