Makin kau takvt makin dia suka tenung, g4dis takvt kucing cvri perhatian ramai

Bukan semua orang merasa bahawa kucing itu makhluk paling comel serta mahu pelvk dan civm mereka. Ada juga orang yang sangat takut melihat kucing malah ada yang boleh menangis jika kucing mendekati mereka! Kucing juga boleh membuatkan mereka tidak senang duduk dibuatnya.

Inilah yang terjadi pada gadis ini,bila si bulus jalanan mula mendekatinya lalu duduk di kerusi di hadapannya. Seakan meminta simpati, gelagat si bulus ini yang merenung tanpa berkelip membuatkan si gadis menjadi terkedu dan tidak mampu bergerak.

Peristiwa tersebut berlaku di sebuah gerai makanan. kehadiran kucing-kucing terbiar di jalanan adalah fenomena biasa. Selalunya, jika kita memberi mereka sedikit makanan, mereka akan cepat – cepat mengambil makanan dan berlalu dari situ.

Namun kucing ini agak pelik, dia terus naik atas kerusi lalu merenung gadis berkenaan tanpa bergerak! Bagi mereka yang takutkan kucing, sudah tentulah situasi itu menjadi situasi penuh debaran dan ketakutan.

Video:

@hanabsrn

siapa macam ni 😂

♬ bunyi asal – 𝓱𝓪𝓷𝓮𝓮𝓮 🦋 – 𝓱𝓪𝓷𝓮𝓮𝓮 🦋

Netizen pula terhibur dan mengatakan bahawa kucing itu sebenarnya sedang meminta kentang goreng. Ada juga yang berseloroh mengatakan kucing akan memerhati dengan lebih lama sekiranya dia melihat orang yang ketakutan melihat ia.

Namun, perlu kita ingat, kucing juga makhluk Allah. Berbuat baiklah kepada mereka, berilah mereka sedikit makanan supaya mereka gembira. Sedikit makanan yang kita beri buat si bulus jalanan tidak akan mengurangkan sedikit pun rezeki kita, Insha Allah.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok hanabsrn, sinarviral

Be the first to comment on "Makin kau takvt makin dia suka tenung, g4dis takvt kucing cvri perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*