“Mau jadi mak tiri saya?,” – Sambut ‘birthday’ bersama bapa di kampung, kapsyen PU Azman buat ramai terhibur

Penceramah bebas, pengacara dan pelakon iaitu PU Azman bukanlah satu nama asing lagi di Malaysia. Bekas juara pencetus ummah musim kedua ini sering kali menjadi perhatian netizen, kerana telatahnya yang mencuit hati.

PU Azman yang sinonim dengan panggilan Cik Man juga popular dengan penggunaan bahasa sempoi atau hipster untuk berd4kwah, dimana ianya bertujuan untuk menarik anak muda memahami hukum Islam.

Teknik ini ternyata berkesan bahkan semakin hari, jumlah pengikut di laman sosial miliknya terus meningkat dengan semuanya berminat untuk bersoal jawab mengenai hvkum agama.

Baru-baru ini, PU Azman sekali lagi mencvri perhatian netizen apabila memuat naik foto sempena ulang tahun kelahiran bapa tersayang dan dirinya.

“Hari ni 3 januari ulangtahun lahirku. Sambut dengan abah di kampung. Sebab befday abah pun selang sehari, 5 januari. Lagi 4 tahun, umur abah 100 tahun. Doakan abah cik man.

“Kami ada persamaan. Dua-dua rindukan arw4h mak. Lagi satu, dua-dua single. Mau jadi mak tiri saya?,” katanya di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 76.6k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan telatah Cik Man.

Selain itu, ramai yang mengucapkan selamat hari lahir buat dirinya dan bapa tersayang, dan mendoakan kedua-dua mereka dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: ig puazmanofficial

Be the first to comment on "“Mau jadi mak tiri saya?,” – Sambut ‘birthday’ bersama bapa di kampung, kapsyen PU Azman buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*