Kongsi foto Zara Zya di Instastory, netizen tanya bila Dato Alha Alfa nak masuk meminang

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Dato Alha Alfa berkongsi beberapa momen sekitar sambutan hari lahirnya yang ke-33 di media sosial termasuklah mendapat hadiah hari lahir dari pelakon jelita, Zara Zya cetus tanda tanya dari netizen.

Nampaknya, kali ini pelakon dan usahawan itu sekali lagi menjadi bualan apabila Dato Alha Alfa berkongsi foto Zara Zya di akaun instagram miliknya baru baru ini.

Dalam entri question&answer yang dibuat, Dato Alha Alfa menerima pelbagai pertanyaan dari netizan yang mempersoalkan hubungannya dengan Zara Zya.

Malah, ada yang turut meminta Alha dan Zara segera mendirikan rumah tangga kerana mereka dilihat sangat secocok serta mendoakan kedua-dua mereka bertemu jodoh.

Komen netizen:

“Dia Hint tu..”

“Hahaah good trying..”

“Ayat nak ng0rat Dato tu..”

Meskipun begitu,  Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui hubungan mereka hanya sekadar berkawan dan sudah menjadi kawan baik sejak lebih dari lima tahun yang lalu.

Untuk info, ini bukan kali pertama hubungan mesra mereka diperkatakan. Terdahulu, sekitar Oktober peminat turut membuat spekulasi mengenai Alha dan Zara selepas kedua-duanya kelihatan mesra ketika menyambut ulang tahun kelahiran pelakon itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: IG Dato Alha Alfa, sinetronmalaya

Be the first to comment on "Kongsi foto Zara Zya di Instastory, netizen tanya bila Dato Alha Alfa nak masuk meminang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*