“Woww cat lover rupanya,” – Rakaman belai si bulus tular, ramai puji sifat penyayang Heliza Helmi

Kucing sememangnya merupakan salah satu binatang kesayangan yang paling terkenal di Malaysia. Ramai daripada kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel.

Dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing malah terdapat pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.

Begitu juga dengan aktivis kemanusiaan dan pelakon, Heliza Helmi yang dilihat sangat gemar akan kucing. Menerusi satu video tular di laman TikTok yang dimuat naik oleh @hazwanihelmi, Heliza dilihat sedang mendukung serta membelai seekor kucing sambil menyanyi mengikut iramanya yang tersendiri.

Video tersebut difahamkan dirakam sebelum Heliza secara sah bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, 1 Januari lalu.

Video:

@hazwanihelmi

Detik sebelum sah menjadi isteri. Barakallahulakuma kakja dan abg dee!! #hnmtiljannah nnti tuti dah tak dpt lagu dodoi nii #fyp

♬ original sound – hazwanihelmi – hazwanihelmi

Perkongsian tersebut kini tular di laman Tiktok, dimana ketika artikel ini ditulis, ianya telah mencapai 855.5k tontonan, 71.6k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji sifat penyayang Heliza kepada seekor kucing.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok

Be the first to comment on "“Woww cat lover rupanya,” – Rakaman belai si bulus tular, ramai puji sifat penyayang Heliza Helmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*