“Like mother, like daughter,” Foto Emma Maembong Bersama Ibunya Cvri Tumpuan Ramai

Emma Maembong ataupun nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail merupakan artis yang dikenali ramai di Malaysia. Bagi yang tidak mengetahui, Emma Maembong mempunyai darah kacukan Melayu dan Scotland, memang tak dapat dinafikan kecantikannya itu. Bapanya merupakan orang kelahiran Malaysia manakala ibunya pula dari Scotland.

Ibu Emma Maembong yang senang disapa dengan panggilan Janet memiliki kecantikan luar biasa yang mampu membuat orang terpegun apabila pertama kali melihatnya. Sekali pandang wajah Ibu Emma pada usia muda dulu seiras dengan wajah Emma sekarang ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu daripada mana datangnya nama Maembong di belakang nama kormesial yang digunakan Emma. Untuk pengetahuan semua, nama Maembong itu sebenarnya adalah gabungan nama ayahnya iaitu Ismail Embong.

Untuk pengetahuan, Emma mempunyai 11 orang adik beradik dan Emma merupakan anak yang ke-9 . Bukan sahaja Emma yang memiliki rupa paras yang menawan malah kesemua adik beradiknya memiliki rupa paras yang cantik dan menarik. Untunglah !

Ketika artikel ini ditulis, entri tersebut telah mendapat 42.6k likes, dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terpikat dengan kecantikan yang Emma dan ibunya. Selain itu, kapsyen yang ditulis Emma turut mencvri perhatian ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen memuji kecantikan Emma dan ibunya.

Untuk pengetahuan, Emma melangsungkan perkahwinan dengan suaminya Muhammad Shazli Azhar pada 20.2.2020 dan dikurniakan seorang putera yang bernama Shariq Gabriel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Ig Emma Maembong Official via lubukviral

Be the first to comment on "“Like mother, like daughter,” Foto Emma Maembong Bersama Ibunya Cvri Tumpuan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*